Jalan-jalan Waktu Malam di Phuket Thailand

Hari pertama DN di Phuket, Thailand, DN mengambil kesempatan yang ada untuk bejalan-jalan di sekitar Patong Beach. Aktiviti malam di sini meriah dengan orang memenuhi bar di sana sini. Oleh itu, DN hanya jalan-jalan sambil memerhati keadaan sekeliling di sepanjang perjalanan DN.
 DN melalui Bangla Walking Street untuk sampai ke kawasan pantai. Kenapa Bangla? Hmmm.... Nak kata ramai Bangla disini, takde pula DN nampak. Hee... Boleh sahaja jika mahu terus turun di pantai tetapi memandangkan DN ingin melihat kawasan sekitar dahulu, DN berhenti di kawasan ini. 
 Selepas sekitar 20 minit berjalan, DN tiba di kawasan pantai. Keadaan pantai masih meriah walaupun sudah waktu malam. DN hanya bersiar-siar di kawasan pantai sekitar 10 minit. Kemudian, DN kembali ke deretan kedai untuk mencari tempat makan malam pula.
 Langkah kaki membawa DN ke kedai makan halal ini. Nama kedai ini adalah Bang Ya. Lokasi kedai ini adalah seperti berikut :-
Bang Ya 
Muslim Halal Food
104/16 Soi Post Office, Thaveewong Rd.,
Patong, Kathu, Phuket, 
83150 Thailand
Di kedai ini DN memilih untuk makan nasi memandangkan perut sudah lapar minta diisi. Oleh itu, DN memilih nasi dengan lauk tomyam campur, kerabu seafood dan telur manakala air minuman pula DN memesan air mangga. Sangat menyelerakan dan mengenyangkan. Alhamdulillah...
Selepas menikmati makan malam, DN meneruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe pula. Nak jumpa ramai orang Malaysia, datang lah ke Hard Rock Cafe. Memang penuh dengan orang Malaysia semasa DN ke sini. Selepas membeli t-shirt dan cenderahati di sini, DN kembali ke tempat pertama DN turun bagi menunggu teksi untuk membawa DN kembali ke Royal Lighthouse Villas Boat Lagoon

Bersiar-siar dari jam 7pm sehingga 9.30pm disini memang memenatkan tetapi puas. Tidak disangka DN boleh berjalan lebih 2 jam disini. Selesai di Patong Beach, DN menjejaki tempat lain pula keesokannya. Ke mana kita? Tunggu entry DN seterusnya... ;)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. bro jln sana 3 jam... pengsAn huhuhu

    ReplyDelete
  2. wah..untungnya dapar pergi ke sana..

    banyak juga shopping ke..?

    ReplyDelete
  3. dulu bangla ramai kat situ kot..hahah..btw, air mangga tu nampak meriahhhhh giler..

    ReplyDelete
  4. tak sampai lagi phuket. tak ajak

    note: nampaknya dn dah banyak update kebelakangan ni hehe

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat pi sana, jauh berjalan luas pengalaman

    ReplyDelete
  6. @Uncle Zuan yeay, DN dah makin rajin ni hehe

    ReplyDelete
  7. @Bro Framestone : tu baru betul namanya berjalan bro...hehe

    ReplyDelete
  8. @JMR : bangla hanya ramai di Malaysia je bro...kih3

    ReplyDelete
  9. @Uncle Zuan : kau pun kalau nak ke phuket jangan lupa nak ajak...haha

    ReplyDelete
  10. @Raihanah Ahmad : kalau berjalan ke tempat orang ni memang best...hehe

    ReplyDelete
  11. @JMR : DN makin rajin update...tapi nanti kalau masa komen...jangan guna dua ID ye bro...kih3

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^