Assalamualaikum... Salam Jumaat. Hari ini DN agak kelapangan kerana menunggu kereta yang sudah sampai masa untuk servis. Disebabkan beberapa hari lepas terdapat bunyi-bunyi asing pada kereta DN, kereta kena tahan agak lama dari kebiasaan. Oleh itu, DN mengambil peluang yang ada ini untuk berkongsi cerita DN yang tidak seberapa ini.
Kali ini DN ingin berkongsi pengalaman DN menikmati makanan di Kueh. Simple sahaja nama kedai ini kan. Nama simple sebeginilah yang kuat untuk menarik perhatian DN untuk menjengah apa sebenarnya yang ada di kedai ini. Dari jauh sudah kelihatan luar kedai yang berwarna hitam dengan tulisan 'KUEH' berwarna putih. Apabila masuk ke dalam, dekorasi kerusi dan meja makan kayu dengan alunan lagu-lagu lama menggamit suasana 70-an didalamnya. Selain itu, kemudahan wifi juga tiada kerana konsep di kedai ini mahukan pengunjung berbual sesama sendiri tanpa gadget di tangan.
Apabila sebut 'Kueh', pastinya kedai ini menyediakan pelbagai pilihan kuih-muih tempatan. Harganya juga berpatutan dan boleh dicampur jenis-jenis kuih seperti gambar di atas. Harga kuih-muih adalah seperti berikut :-
5 biji : RM 5.00
10 biji : RM 7.00
Selain daripada kuih-muih, terdapat juga pelbagai pilihan pencuci mulut yang menarik dan sedap. DN telah mencuba nutella pavlova disini dan seriously, rasanya memang sedap.
DN juga telah mencuba lempeng yang dicicah dengan sambal ikan bilis ini. Sedap sangat dan DN sukakannya. Lebih-lebih lagi rasa sambalnya yang pedas. Memang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu.
Bukan sahaja kuih-muih yang terdapat disini, di Kueh ini juga terdapat pilihan nasi dan mee. DN telah mencuba nasi kerabu disini dan ternyata rasanya kena dengan selera tekak DN. Sebab itu DN datang berkali-kali ke Kueh.
Bukan DN sahaja, malahan keluarga DN juga pernah datang ke sini. Kami celebrate birthday Disemberian di sini memandangkan pilihan mereka adalah makanan yang ringan dan simple, tempat yang tenang dan boleh bersantai. 'Kueh' menjadi pilihan kami sekeluarga.
Maklumat cafe ini adalah seperti berikut :-
KUEH
No.4-6, Tadisma Business Park,
Jalan Renang 13/26, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi : 10.00am - 10.00pm
Instagram : https://www.instagram.com/kueh13/
Website : www.kueh.com.my
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Beza jauh gak harga 5 vs 10 biji kuih
ReplyDeletesemuanya nampak sedap :)
ReplyDeleteDh pernh mkn juga sini..aritu nk mkn pavlova tp xde plak so mkn kueh je la
ReplyDeleteDh pernh mkn juga sini..aritu nk mkn pavlova tp xde plak so mkn kueh je la
ReplyDeletesedap juga nampak tu DN
ReplyDeletepernah lepak ngan uncle sohoque kt sini..boleh tahan gk harga dia kan
ReplyDeleteok terus lapar
ReplyDeletebila lapar tertengok pula gambar ni, memang bertambah laparnya
ReplyDelete@mama tisya nnt boleh gi makan pavlova lak hehe
ReplyDeleteAgak mahal juga kuih yang dijual disini ya DN
ReplyDelete@Bro Framestone : daripada ambil 5..baik ambil 10 kan bro...lagi untung..hehe
ReplyDelete@JMR : harga boleh tahan..tapi kalau sedap...puas hati bro...hehe
ReplyDeletepuas hati kalau ada yang belanja ni hahaha
Delete@Uncle Zuan : sila terjah KUEH nanti kalau lapar...hehe
ReplyDelete@Raihanah Ahmad : haha...tahu takpe...nampak kuih pun boleh jadi lapar...huhu
ReplyDeleteBaru perasan,
ReplyDeleteSebelah Dn tue siapa ek? Bakal adik ipar (eh dah jadi adik ipar kan)
assalamualaikum DN...mmg semuanya nampak sedap...:)
ReplyDeletefit flops
ReplyDeleterolex replica watches
nike outlet
christian louboutin uk
michael kors outlet online
michael kors outlet
michael kors bags
polo ralph lauren outlet
tommy hilfiger outlet
kate spade outlet online
170517yueqin