Latar Belakang Filem
Filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi merupakan filem bergenre komedi arahan Eyra Rahman. Filem ke-113 MIG ini telah menggabungkan artis-artis baru yang sedang meningkat naik dan artis versatile yang berpengalaman disamping artis-artis cilik yang berbakat besar. Mereka terdiri daripada Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Julia Farhana Marin, Aizat Hassan, Kartina Aziz, Rani Kulop, Vicha Saywho, Muhammad Khairulanam Aziz, Izzy Zulkhazree, Muhammad Mirza Ihtisyam dan Ainun Batrisya. Filem ini akan ditayangkan bermula hari ini, 17 Mac 2016.
Sinopsis
Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi mengisahkan tentang Sapura (Atikah Suhaime) yang merupakan seorang peguam telah bercinta dengan seorang pelakon terkenal, Eddie (Hafreez Adam). Eddie sering digosipkan dengan seorang pelakon muda, Maya (Julia Farhana Marin). Gosip-gosip antara Eddie dan Maya ini menyebabkan Sapura mencurigai mereka berdua. Eddie menafikan perhubungannya dengan Maya tetapi sebaliknya Maya pula sering mengiakan perhubungannya dengan Eddie di media. Perhubungan Sapura dan Eddie menjadi semakin bergolak apabila Eddie tersilap menyebut namanya ketika sambutan hari jadi. Ini menyebabkan Sapura semakin jauh hati dengan Eddie dan membawa diri balik ke kampung Nanny Rockie (Kartina Aziz) dan Tok Daddy (Ayahanda Rani Kulop).
Di kampung pula, Sapura bertemu kembali kawan baiknya semasa kecil, Hisham (Aizat Hassan) dan adik-adiknya, Akim (Izzy Zulkhazree), Afiq (Muhammad Mirza Ihtisyam) dan Sarah (Ainun Batrisya). Hisham memang menaruh hati dengan Sapura sejak dari kecil manakala adik-adik Sapura memang tidak menyukai Eddie mempunyai hubungan dengan kakaknya. Bagaimana pengakhiran hubungan Sapura dan Eddie? Adakah Sapura memaafkan Eddie atau menerima Hisham dalam hidupnya? Benarkah Eddie dan Maya mempunyai hubungan cinta? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi yang sudah berada di pawagam bermula hari ini, 17 Mac 2016.
Komen Penulis
Filem ini memang santai dan sesuai untuk ditonton semua lapisan masyarakat untuk bergelak ketawa. Kehadiran ketiga-tiga kanak-kanak cilik ini menyerikan lagi perjalanan filem ini. Walaupun banyak juga adegan sedih yang perlu dibawa oleh Atiqah Suhaime dan menyebabkan filem ini nampak berat, tetapi pengarah bijak untuk menjadikan jalan cerita di dalam filem ini mempunyai unsur komedi dan penonton tidak terus terbuai dengan perasaan sedih. Sebaliknya, penonton akan bergelak ketawa pula dan tidak jemu untuk melihat filem ini sehingga habis. DN berikan 3/5 untuk filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi ini.
Trailer
Koleksi Gambar
Saksikan filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi di pawagam berhampiran bermula 17 Mac 2016 ini.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Macam x banyak part je pasal Ayahanda Rani Kulop?
ReplyDeletebest ye
ReplyDeleteayahanda rani kulup jadi penarik utama ni..
ReplyDeleteerrr cerita apa ni :D
ReplyDeletefilem santai dan komedi tentu dapat menarik penonton
ReplyDeleteboleh cuba tonton nanti
ReplyDeleteMana ayahanda Rani Kulup ya? bukan dia ke watak utama yang patut lebih menonjol...
ReplyDeletehihi
@Uncle Zuan bukan ke bro dah layan..buat buat tanya lak
ReplyDelete@Raihanah Ahmad nak nak ada ayah rani kulup kan hehe
ReplyDelete@Noriza Rahman Momma Vogue beliau menonjol di poster je kot hehe
ReplyDelete@Bro Framestone itulah pasal kan? ke diorang ni sabotaj ayahanda Rani Kulup...hihi
ReplyDelete@JMR terkenal dengan tagline kipidap dongibab kan...bagus juga dia ni
ReplyDelete@Uncle Zuan uncle zuan kena pegi nonton la baru tau faham cerita apa...
ReplyDeletehehe
film malaysia kah ini?
ReplyDeletebest juga...
ReplyDelete@Uncle Zuan : ala zuan...cerita pasal #dongibab, #kipidad, #nevergibab...hehe
ReplyDelete@JMR : zuan mana layan cerita2 macam ni bro kat pawagam...hehe
ReplyDelete@JMR : menonjol kat poster je da jadi daya penarik...hehe
ReplyDeleteKyrie 3 Shoes
ReplyDeletePandora Jewelry Official Site
Jordan 11
Jordan Retro 9
Kyrie Irving Shoes
Air Max 270
Jordan Retro 11
Red Bottom Shoes For Women
Yeezy boost 350 v2
Latrice20180915