Kemeriahan Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016

Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Siapa yang pergi Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 baru-baru ini? DN seharian berada di sana dan alhamdulillah DN sempat bertegur sapa dengan sahabat blogger yang DN kenali dan ada yang DN baru kenal disana. Maaf jika ada yang DN tidak tegur. Ternyata komuniti blogger semakin berkembang dan DN akui tidak semua orang yang hadir ke SBB 2016 DN kenal. Moga aktiviti seperti ini terus dilakukan supaya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger dan seterusnya menguatkan komuniti blogger senusantara.
Bertempat di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur, penganjur program Denaihati Network telah berjaya mengumpulkan lebih 200 blogger di bawah satu bumbung. Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 ini telah berlangsung seawal jam 8.30pagi dan berakhir pada jam 5.00petang. Pengisian sepanjang ia berlangsung sangat padat dengan perkongsian ilmu berbentuk forum di kalangan penggiat sosial media dan internet marketer yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Selain itu, penaja-penaja juga berpeluang untuk berkongsi info dan maklumat dengan blogger dan kerjasama antara blogger dan penaja pasti memberi impak di dalam perniagaan mereka.
Kredit : www.adpadiputra.com
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Denaihati Network kerana berjaya mengadakan Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 buat kali yang kelima. Moga penganjuran bermanfaat seperti ini akan dapat diadakan setiap tahun. DN kongsikan disini gambar-gambar rakan blogger yang dapat DN semadikan gambar DN bersama mereka. Jom layan~
Blogger Acik Dayah (kiri) & Pengusaha Tudung Sweet Kurma (kanan)
Blogger Namia (tengah) & Penulis Skrip Mak Dara (kanan)
Blogger Pengusaha Nanas Hazman Fadzil
Blogger Hartanah Abang Ensem
Blogger Shakiddo
Blogger Izzat Nazmi (kiri sekali), Nizam Ijam (kiri) & Encik ST (Kanan)
Blogger Ummi Zarra
Blogger Cikgu Ieta
Blogger Uncle Zuan (tengah) & Pena Berkala (kanan)
Top Blogger Bro Framestone
Abang Man (kiri), Norman Hakim (kanan), Memey Suhaiza & Kak Enon
 Sepanjang berlangsungnya SBB 2016 ini, Kotak Lensa memberikan perkhidmatan terbaik mereka dengan menyediakan photo booth dan props yang dapat digunakan oleh semua mereka yang hadir. Pelbagai aksi dan mimik muka yang mencuit hati dapat dilihat di Facebook mereka. Ternyata mereka yang hadir begitu gembira disini termasuk DN. Antara aksi-aksi DN dan rakan-rakan boleh dilihat di bawah.
Memang tidak banyak gambar DN di photo booth ini. Nak tangkap banyak-banyak segan. Apa lah DN ni kan. Orang lain sampai berpuluh-puluh tangkap gambar kat sini macam orang baju hitam atas tu. Heee...
Apapun, terima kasih kepada team Denaihati Network atas penganjuran Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada semua penaja yang sudi memeriahkan majlis ini.
Les Copaque Production (Upin & Ipin)

InsyaAllah kita berjumpa lagi di tahun hadapan. Salam sayang dari Deq Noor... ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

53 Blue Komen:

  1. happy faces semua. saya tak dapat join last minit hari tu.

    ReplyDelete
  2. Baju hitam? Sapa tue? Perli nampak.

    ReplyDelete
  3. Bro ni berpecah dua ke apa ? Kejap nampak pakai baju hitam...kejap nampak pakai baju kuning...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Tulah, hr tu akak nak tanya gak. Bila kala kah Bro tukar baju? :D

      Delete
    2. Haha... sy dgn dia masa tukar baju dlm tandas ... diskus byk hal terutama pasal adsense. Hmmmm...mengadu dia kat saya.

      Delete
  4. Wah Tahniah DN dah siap entri. Akak dok dalam deraf lagi. Banyak bnda akak nak story tapi kekangan kerja tak dapat nak siapkan lagi perkongsian akak. Thanks DN ada juga gambar kita kan? Lebiulah mmmuahhhh

    ReplyDelete
  5. Teman tak ada kesempatan ingin berjumpa dengan anda. Teman duduk meja 4. Ramai sangat. Lagipun, teman pemalu orangnya. Tahun depan jangan lupa tau...kita jumpa sekiranya ada lagi.

    ReplyDelete
  6. Dalam kenalan daripada rakan yang hadir sama di SBB 2016... Tak nak bergambar ngan kita pun hehehe...

    ReplyDelete
  7. Best tengok ramai blogger berjumpa tahun ni, pastu penaja pun ramai dan hadiah pun sangat best..tapi MV tak dapat nak bersama pula hari tu, memang ada hal yang tak boleh nak dielakkan langsung

    ReplyDelete
  8. baca entri ni pon dah tahu, sure meriah giler SBB kali nih..terbaek!

    ReplyDelete
  9. Salam DN, well done for SBB2016. Akhirnya, dpt selfie jugak sekeping kan. Comel je die. InsayAllah, next SBB2017 jumpa lagi :)

    ReplyDelete
  10. @noriza, tak jadi pi last minit sbb ada hal tak dapat dielakkan

    ReplyDelete
  11. Saya menang adiah cabutan bertuahhhh ... yeaaaayyyy best best

    ReplyDelete
  12. Saya menang adiah cabutan bertuahhhh ... yeaaaayyyy best best

    ReplyDelete
  13. banyak giler gambar BRo..haha

    ReplyDelete
  14. @Raihanah Ahmad terasa ralat kan sebab dah daftar tapi tak dapat nak hadirkan diri, insyaAllah ada lagi kot event macam ni tahun depan

    ReplyDelete
  15. @Ezad Skytech Bro ni dah boleh berpecah menjadi dua macam boboiboy kot ezad...hehe jangan marah bro

    ReplyDelete
  16. uncle zuan sekadar cameo sahaja di SBB hehe

    ReplyDelete
  17. @Raihanah Ahmad heee... insyaAllah tahun depan ye... :)

    ReplyDelete
  18. @Bro Framestone terasa ke? bro baju hitam dgn baju kuning kan... :p

    ReplyDelete
  19. @Hasrul Hassan

    Hepppp...!! Cerita dalam tandas jangan dikongsikan di sini. he...23x

    ReplyDelete
  20. @JMR

    Ala jeles la tue, ada banyak gambar Bro dengan Deq Noor....

    ReplyDelete
  21. @deq noor Ada la sikit, terasa macam nak bergambar lagi he...23x

    ReplyDelete
  22. @Kisah Cikgu ieta heee.... sementara ada masa terluang. dah sibuk berabuk tempat ni... :p

    ReplyDelete
  23. @Muhammad Khairuddin Lim ooo... meja depan memang xpergi lah ke sana. meja tumpuan media tu. hee.... DN duduk Shah Alam... :)

    ReplyDelete
  24. @Mahamahu awak duduk depan... kita segan nanti glamor masuk tv.. :p

    ReplyDelete
  25. @Noriza Rahman Momma Vogue bukan rezeki tahun ini. insyaAllah tahun depan ye... :)

    ReplyDelete
  26. @JMR dari tahun ke tahun, SBB semakin meriah. tahun depan ada lg ke? hmmm....

    ReplyDelete
  27. @powerofmotivationblog terima kasih... insyaAllah kita jumpa lg ye... :)

    ReplyDelete
  28. @Hasrul Hassan tahniah menang cabutan bertuah & jd speaker yg hebat... :)

    ReplyDelete
  29. @Uncle Zuan tp 3x nama disebut memang famous betul uncle zuan ni kan... ;)

    ReplyDelete
  30. @Bro Framestone jeles gak la..tp lagi jeles tgk kemeriahan sbb ni hehehe

    ReplyDelete
  31. @Bro Framestone hahaha cerita dlm tandas pon boleh gk kl nk dikongsi

    ReplyDelete
  32. @JMR : memang meriah giler bro SBB2016 kali ni...hehe

    ReplyDelete
  33. @JMR : gambar bro ada di mana-mana masa SBB2016 ni bro JMR...hehe

    ReplyDelete
  34. @Ezad Skytech & @JMR

    SBB2016 dan Kotak Lensa memang meriah kali ini.

    ReplyDelete
  35. @Kisah Cikgu ieta : tu la kan Kak Ieta...bro ni buat magic ke apa kan...kih3

    ReplyDelete
  36. @deq noor : tu la kan DN...walaupun zuan takde dalam dewan masa tu...beberapa kali nama dia naik kan...hehe

    ReplyDelete
  37. @JMR : haha...kenangan kot...walaupun da habis SBB2016 ni mesti akan ingat balik...hehe

    ReplyDelete
  38. @Bro Framestone : saya tengok dari jauh je Kotak Lensa tu bro masa SBB2016 hari tu...hehe

    ReplyDelete
  39. Tak berpeluang bergambar sekali..inshaallah di lain waktu..:)

    www.qiyasaad.com

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Meriah ja majlis SBB,DN pun berposing sakan ngan bro kan?

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum DN...seronoknya dpt jumpa ramai blogger femes kat sana kn...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^