Jika kalian berada di Phuket pada hujung minggu, jangan lupa untuk ke Phuket Weekend Market (atau dikenali di Phuket sebagai Naka Market). Ia terletak di sepanjang jalan Chao Fa West dan tidak jauh dari Central Festival. Phuket Weekend Market ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam sahaja.
![]() |
Kredit : Weekend Market Phuket |
Naka Market dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu ruang tertutup dan terbuka. Untuk bahagian ruang tertutup, ia menempatkan barang-barang kering seperti baju, barangan kraftangan, handbag dan macam-macam lagi. Untuk bahagian ruang terbuka pula menempatkan mereka yang menjual barangan basah seperti makanan dan minuman. Di ruangan basah ini memang kelihatan bercampur antara makanan halal dan tidak halal. Oleh itu, berhati-hati lah jika ingin membeli makanan di sini dan jika ragu-ragu, tak payah beli apa-apa ye.
Ini salah satu gerai di ruangan basah yang menjual pelbagai makanan halal. Di ruangan ini sahaja kelihatan jauh dari ruangan bercampur halal dan tidak halal. Kiri, kanan, depan dan belakang gerai ini kesemuanya halal jadinya, pergi lah ke kawasan ini jika ingin mencari sesuatu untuk makan dan minum.
DN semasa berada di Naka Market ini berminat dengan aiskrim yang memang viral di Thailand ketika itu. Orang tengah viralkan aiskrim ini jadinya DN pun cuba lah.
DN memilih strawberry dan pisang. Memang mereka gunakan buah strawberry dan pisang untuk dijadikan aiskrim ini. Bukan sahaja di Phuket ada aiskrim ini, sekarang di Malaysia juga sudah ada aiskrim ini kalau tidak silap DN.
Rasanya memang lemak manis macam makan yogurt beku. Sedap... Selain daripada aiskrim ini, tidak banyak yang DN beli di Phuket Weekend Market. DN hanya mencari apa yang DN mahukan sahaja iaitu :-
Passport Cover
Kerabu Kaki Ayam
Itu sahaja yang DN beli di Phuket Weekend Market ini. Owh, ada lagi tetapi tiada di dalam gambar. Fridge Magnet Phuket dan DVD. Lain-lain biasa sahaja bagi DN tetapi barang di sini boleh lah dikatakan murah. Walaupun murah, tetap tidak berjaya menggoda duit DN sebabnya kualiti kena tolak tepi dan DN boleh dapat lebih murah di tempat lain. Heee....
Itu sahaja perkongsian DN untuk kali ini. Ada lagi ke entry DN di Phuket ye? Hmmm.... Satu je lagi. Sabar ye... ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
bila gaknya dapat pi sini
ReplyDeletetak pernah rasa lagi aiskrim tu..dh mcm lempeng gaya buatnya
ReplyDeleteMacam best je pi phuket ni...in sha Allah ada rezeki nanti boleh bawa family kesini.
ReplyDeleteDVD? Jeng jeng jeng
ReplyDeletemenarik bila tengok buat aiskrim tu, pernah tengok video kat facebook
ReplyDelete@Siti Rohaida Yusof insyaAllah ada rezeki nanti akan sampai ke sini... :)
ReplyDelete@JMR kalau suka makan aiskrim, mesti suka gak aiskrim ni... heee...
ReplyDelete@nila anggraini bawa lah family ke phuket. memang best.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone kenapa jeng3 bro? jeng lah bro ni... :p
ReplyDelete@Raihanah Ahmad sebab cara pembuatan menarik, mudah untuk menarik orang membeli aiskrim ini.. :)
ReplyDeleteitulah kan, cara menarik jadi orang tertarik. teringin juga nak mencuba
ReplyDeleteTerliur dah nie.. ade jugak aku order tiket flight ke phuket.. ahaha
ReplyDeleteKerabu kaki ayam, rupanya banyak juga masakan di sana sampai ke nagara kita.
ReplyDeleteKat Malaysia pun ada juga aiskrim ni DN...aiskrim gulung...tapi tak pernah cuba lagi la...hehe
ReplyDelete@JMR : cari la bro...aiskrim gulung...nak cari juga la...tak pernah try...hehe
ReplyDelete@Bro Framestone : haha...bro ni da kenapa ye ? kih3
ReplyDelete@Ezad Skytech & @deq noor
ReplyDeleteYe la... Tertanya-tanya juga DVD apa yang dibeli sampai ke Thailand.
@JMR : tu la kan bro JMR...macam menarik pula bila tengok aiskrim tu...hehe
ReplyDelete@Raihanah Ahmad : lain dari yang lain...tu yang specialnya...hehe
ReplyDelete@Bro Framestone : haha...tu la kan bro...tertanya-tanya juga ni...kih3
ReplyDeleteMak aih... sedapnya lah aiskrim tu Deq Noor... Okayh... Akak dah mula jatuh cinta tau dgn blog Deq Noor... hahaha... Dah 2 minggu letak kat bloglist. Now baru ada masa on PC blogwalking. Fon akak masih rosak. heee...Menanti entri Phuket seterusnya :D
ReplyDeleteMelancong dekat luar Malaysia bab makan yang susah tu kan. Geram je tengok makanan yang sedap2 tapi tak boleh nak makanpun.
ReplyDeleteBest kan dapat tengok negara orang ni..hatyai pun ok..pantai dia cantik..makanan pun sedap dan murah..
ReplyDeletewww.qiyasaad.com
@Ezad Skytech kat sini nak cari kt mana eskem gulung tu..taknah jumpa lak
ReplyDelete@Ezad Skytech kat mana tu jad
ReplyDeleteassalamualaikum DN...bilalah dpt pi ke sini agaknya...;)
ReplyDelete