Assalamualaikum...
DN ingin berkongsi pengalaman DN menginap di Hard Rock Hotel Penang. Memandangkan untuk mesyuarat kali ini hotel berhampiran kebanyakannya penuh, DN mengambil peluang yang ada dengan menginap di hotel ini.
Maklumat Hard Rock Hotel Penang adalah seperti berikut :-
Batu Feringhi Beach,
11100 Penang, Malaysia
No. Tel : +604 8811711
No. Fax : +604 8812155
Malaysia Toll-Free : 1800887625
Website : http://penang.hardrockhotels.net/
Inilah bilik yang diberikan kepada DN. Seaview Deluxe yang berharga RM670 per night dengan pilihan dua jenis bedroom iaitu king bed atau 2 single bed. Pada mulanya DN ingatkan dapat bilik Seaview Deluxe dengan king bed. Rupanya katil single bed yang dirapatkan menjadi satu. Adoiii! Baring tengah-tengah tenggelam dibuatnya. Huhuhu...
Ruang bilik memang luas dan selesa untuk seorang. Terdapat single sofa dengan logo cop Hard Rock Hotel Penang dan ruang kerja meja serta kerusi berkayu. Lantai pula berkarpet, memang selesa untuk berjalan setiap ruang tanpa kasut.
Berhadapan dengan katil terdapat satu wardrobe panjang yang dengan laci panjang di kiri dan kanan katil manakala di tengah-tengahnya diletakkan dengan DVD Player dan LCD TV. Terlalu simple tanpa sebarang dekorasi di dinding. Berbaloikah dengan harganya? Hmmm... Kita menjengah ke bilik mandi pula.
Di bilik mandi terdapat ruang basin panjang dengan cermin dihadapannya. Di kiri kanan cermin ini merupakan ruang terbuka yang boleh dilihat dari luar. Walaubagaimanapun, ruang ini boleh ditutup kerana ada sliding di belakang cermin ini.
Ruang bilik air ini memang kecil tetapi susunatur antara basin, tandas dan ruang mandi tetap selesa. Ruang mandi hanya dipisahkan dengan pintu cermin maka jika ingin mandi, ruang cermin terbuka di basin perlu ditutup terlebih dahulu. Terutama jika berada di bilik ini lebih dari seorang.
Berhadapan dengan bilik air terdapat pantry yang disekalikan dengan almari pakaian. Terdapat iron, baju tuala, selipar dan peti simpanan keselamatan di dalam almari. Manakala di ruang pantry terdapat peti ais mini, kettle dengan complimentary mineral water, teh, kopi dan gula. Selain daripada itu, kena bayar jika makan dan minum apa yang ada di bilik ini.
Di bilik ini terdapat balkoni yang disediakan dengan dua kerudi plastik dan meja besi. Terdapat ampaian gantung di hujung balkoni ini untuk keselesaan pengunjung menjemur tuala atau baju basah.
Memandangkan bilik penginapan DN adalah seaview, memang boleh dilihat pemandangan laut dengan pemandangan simming pool. Dari balkoni bilik boleh terjun ke swimming pool sebab betul-betul di bawah balkoni tetapi melampau lah kalau buat begitu kan. Heee....
Dari segi pemandangan luar, DN memang puas hati tetapi dari segi dekorasi bilik, too outdated. Sorry to say that. Dengan harga bilik RM670 per night, DN expected more. Ruang dinding kosong putih menyebabkan fikiran block sedangkan pemilihan permainan warna serta susunatur jenis perabot yang tepat boleh menghasilkan suasana bilik yang tenang dan harmoni. Mujur kemudahan internet di sini memang laju sepanjang masa.
Menariknya disini disebabkan adanya Hard Rock Cafe bersebelahan yang boleh kami mendengar live band sehingga awal pagi. Mereka yang menginap disini dapat diskaun 10% jika makan dan minum di cafe ini. Tiada apa aktiviti yang dibuat di malam hari lebih-lebih lagi kedudukannya yang jauh dari bandaraya, maka ke sinilah tujuan DN menenangkan fikiran sambil mendengar live band.
DN sudah merasa menginap di Hard Rock Hotel Penang ini dan tiada apa yang mengujakan pun. Tetapi jika ada peluang menginap di sini, pergi je. Pemandangan di luar memang menarik. Heee... Virtual Tour Seaview Deluxe Room boleh lihat disini.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
cantik bersih dan menarik
ReplyDeleteMemang cantik dan bersih kan Hard Rock cafe ni
DeleteTeringin juga nak cuba menginap di Hard Rock Hotel ni satu hari nanti...macam best je...hehe
DeleteAda tgk kwn pegi mcm meriah biliknya...bilik bwh tu bdk2 suka la trus ke pool
ReplyDeleteMemang terasa nak terjun terus ya mama Tisya?
DeleteSyok tu boleh terus lompat ke pool kalau bilik kat bawah tu...hehe
DeleteAda tgk kwn pegi mcm meriah biliknya...bilik bwh tu bdk2 suka la trus ke pool
ReplyDeleteHarganya agak menarik juga...
ReplyDeletePasal katil tue, xdapat nak buat apa-apa.. Teringat fisha terselit dekat tengah-tengah katil yang dirapatkan he...23x
Pasal lipstik dekat tisu tue.. boleh tahu milik siapakah? Dah la xde tinggalkan no tepon.
Pasal balkoni pulak. Tak try terjun tiruk ke?
Kalau ada anak kecik memang boleh terselit ditengah-tengah katil tu kan
DeleteBiasa la tu bro...sy pun pernah terselit juga tengah-tengah tu...katil berganjak time tidur...mana sedar...hehe
Deleteperghh bestnya..tapi tang 2 katil dirapatkan menjadi satu tu yg kurennggg sket..rm670 kot satu malam hehe
ReplyDeleterasa macam tak berbaloi ye bro JMR ? hehe
Deletetu la pasal..
Deletekalau dapat bilik yang tingkat bawah tu...mesti best...terus boleh terjun pool...hehe
ReplyDeleteKalau bujang macam Ezad memang best la, terjun sesorang ja
DeleteHAHA...takde siapa nak larang kan kak ? kih3...splaasshhhh...
Delete@mama tisya : tu la kan...boleh terus terjun pool je kan...kih3
ReplyDelete@JMR : tu la kan bro...tak syok dapat katil single lepas tu dirapatkan...tak feeling...RM670 tu satu malam...not worthless...huhu
ReplyDeleteApa yang dibayar memang tak berbaloi setakat dapat katil yang digabungkan menjadi satu..sangat tak syok
Deletetu la kan kak...kalau dapat katil king/queen ke...berbaloi juga...hehe
Delete@Bro Framestone : kalau bro dapat bilik macam ni...bro terus terjun pool ke daripada balkoni ? kih3
ReplyDeletecantik dan paling penting bersih. berbaloi juga dengan harga
ReplyDeletekalau RM670 dengan dua katil yang dirapatkan macam tidak masuk akal sangat tu DN
ReplyDeletehehe
tu la kan kak...macam agak OVER harganya untuk satu malam...hehe
DeletePemandangan tu memang cantik menghadap pool, kalau bawa anak2 memang tak duduk dibilik la gamaknya
ReplyDeletehehe...tu memang confirm la...asyik nak mandi kolam je...hehe
Delete@mama tisya budak2 memang aim diorg kolam mandi je la kan kalau ke hotel ni
ReplyDelete@JMR memang sangat tak best la kan, nasib bujang
ReplyDelete@Ezad Skytech rasa macam tidur hotel budget ja katil dirapatkan macam tu
ReplyDeletehehe...tahu takpe kak...mahal dan tak berbaloi...hehe
Delete@Raihanah Ahmad dekat dengan pantai hotel ni, memang agak pricey sikit la
ReplyDelete@Ezad Skytech memang macam gitu la nampaknya
ReplyDeletemcm boring je bilik ni sllu ada gambar artis2 hollywood merata dinding..takan RM670 gini je huhuhu..xberbaloi le pulak
ReplyDeletetp bilik bawah terjun2 pool tu mmg idaman hatilah..xtau lah bila nak pi merasa..hihih
tu la kan...RM670 satu malam macam ni...agak tak berbaloi...tapi kalau dapat bilik kat bawah dekat dengan pool tu memang best la kan...huhu
Deletenice sharing
ReplyDeleteCantik design blog DN yang baru ni, nampak comey ja
ReplyDeleteNampak kemas je design blog baru DN ni...hehe (^,^)
Deleteassalamualaikum DN...cantik pemandangan nyer...:)
ReplyDeleteDatang penang mesti kena datng hard rock juga. Berbaloi wpon pricy sikit 😀
ReplyDeletekyrie 4
ReplyDeletecalvin klein outlet
moncler outlet
supreme
balenciaga triple s
off white hoodie
jordan shoes
a bathing ape
kyrie 5 spongebob
nike off white
helpful resources click over here now basics view it try this web-site gucci replica bags
ReplyDelete