Phuket FantaSea Show - Taman Tema Budaya

 Antara tempat yang orang-orang di Phuket cadangkan untuk pergi adalah ke Phuket FantaSea. Ia merupakan Taman Tema Budaya yang menjadi kebanggaan warga Phuket. Disebabkan sampai sahaja di Airport Phuket, ground pakej promote tentang tempat ini. Bukan itu sahaja, driver yang bawa DN sepanjang di Phuket juga bercerita tentang tempat ini. Jadinya, DN bersetuju untuk ke Phuket FantaSea Show ini.
 Ini adalah aktiviti yang disediakan sepanjang berada di Phuket FantaSea ini. Masuk sahaja ke dalam, memang kita seperti berada di alam yang berbeza. Antara tempat-tempat yang boleh dikunjungi di dalam ini adalah seperti Alam Keajaiban, Kampung Karnival, Similan Entertainment Centre, Tiger Jungle Adventure, Kinnaree Emas Restoran Buffet, Suriyamas Seafood Buffet Restaurant dan Istana Gajah. 
 Taman Tema Budaya ini dibuka setiap hari (kecuali hari Khamis) dari jam 5.30pm hingga 11.30pm. Memandangkan DN sudah menikmati makan malam sebelum ke sini, DN hanya memilih untuk melihat theatre di Istana Gajah pada jam 9.00pm. Tiket ini berharga 1,800 Bath. 
 Selepas melepasi pintu masuk, inilah patung-patung kartun di Taman Tema Budaya ini yang menyambut setiap pengunjung yang datang. Memandangkan DN datang sudah jam 8.00pm, maka suasana disini semestinya sudah gelap. 
 Sementara menunggu waktu teater jam 9.00pm, DN meninjau kawasan sekitaran. Memang terdapat banyak aktiviti lain yang disediakan disini. Antaranya ialah Tiger Jungle Adventure ini. Jika tidak mahu memasuki mana-mana Taman Tema yang disediakan, di luar juga terdapat pelbagai persembahan untuk tontonan pengunjung. Pengunjung juga berpeluang untuk menaiki gajah sepanjang berada disini.
 Ini pula merupakan Kinnaree Emas Restoran Buffet. Memang hampir keseluruhan tempat makan ini dicat dengan warna emas. DN tidak mengambil pakej buffet untuk makan disini maka, DN hanya meninjau dari kejauhan sahaja.
Jam sudah meunjukkan pukul 8.30pm, semua pengunjung dipanggil untuk memasuki Istana Gajah. Ini kerana teater akan bermula tepat jam 9.00pm. Memandangkan semua telefon, kamera dan sebarang alat elektronik yang boleh digunakan untuk merakam perlu ditinggalkan di tempat yang dikhaskan sebelum memasuki ruang teater, DN tidak berpeluang untuk mengambil gambar suasana di dalam istana gajah ini. 

1 jam telah berlalu dan kami semua keluar dari Istana Gajah ini dengan terpinga-pinga kerana tidak  begitu memahami teater tersebut. Ke DN seorang sahaja yang tidak faham? Hahaha... Iyelah, cakap bahasa Thailand sepanjang teater tanpa ada alih bahasa, memang termenung sahaja DN di dalam ini. Heee.... Walaubagaimanapun, DN tetap seronok menonton pertunjukan selingan yang disediakan sepanjang teater ini berlangsung.

Tetapi apa yang DN diberitahu, teater ini mengisahkan tentang Lagenda Kamala. Iaitu lagenda tentang pemerintah muda, Putera Kamala dengan sahabat setianya yang merupakan seekor gajah. Gajah ajaib ini bernama Iyara dan telah memberikan pelbagai keajaiban di bumi ini. Nak tahu lebih lanjut, kena lah pergi tengok sendiri. Kikiki.... Iklan promosi Phuket FantaSea Show ini boleh dilihat dibawah ini.

Itulah antara aktiviti yang DN lakukan sepanjang berada di Phuket. DN recap semula semua entry di Phuket untuk rujukan mereka yang ingin berkunjung ke Phuket bila-bila nanti. ^_^


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

21 Blue Komen:

  1. menarik juga phuket fantasea mcm2 tmpt dlm tu bole bergambar tp lighting mlm kena setting camera lebih skit..kn gelap plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik ambik gambar malam2 kan kat sini, tapi fotografer kena pandai setting la..

      hihi

      Delete
    2. set ke night mode je kak hehe

      Delete
  2. alahh nak pi sini jugak..ntah bila..depa kata phuket mmg best

    ReplyDelete
  3. menarik juga ek, lip lap lip lap semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik Phuket waktu malam ni...huhu

      Delete
  4. Phuket ni memang terkenal dengan teater macam tu ya DN?

    ReplyDelete
  5. @mama tisya Tempat macam ni waktu malam baru best kan, sebab cahaya lampu tu berwarna warni

    ReplyDelete
  6. @mama tisya cantikkan malam2, dah macam kat icity pulak

    ReplyDelete
  7. macam meriah je tempat ni..takpenah tahu lak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi bro Jamar, kena bawa Puan Nunu dan 2DH la pegi ke sana

      Delete
    2. wah bestlah kalau dapat pegi

      Delete
    3. bro JMR..sekarang da tahu kan...boleh la pergi nanti...hehe

      Delete
    4. skang ni ada2 ketul yg kecik..dah tahu tempat, tapi belum tahu cara nak handle 2 org dak kecik tu bro haha

      Delete
  8. bleh than tptnya..

    haha..xpe la xfaham teaternya..

    ReplyDelete
  9. Wahhhh.. seronoknya pegi phuket

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^