Antara tempat yang orang-orang di Phuket cadangkan untuk pergi adalah ke Phuket FantaSea. Ia merupakan Taman Tema Budaya yang menjadi kebanggaan warga Phuket. Disebabkan sampai sahaja di Airport Phuket, ground pakej promote tentang tempat ini. Bukan itu sahaja, driver yang bawa DN sepanjang di Phuket juga bercerita tentang tempat ini. Jadinya, DN bersetuju untuk ke Phuket FantaSea Show ini.
Ini adalah aktiviti yang disediakan sepanjang berada di Phuket FantaSea ini. Masuk sahaja ke dalam, memang kita seperti berada di alam yang berbeza. Antara tempat-tempat yang boleh dikunjungi di dalam ini adalah seperti Alam Keajaiban, Kampung Karnival, Similan Entertainment Centre, Tiger Jungle Adventure, Kinnaree Emas Restoran Buffet, Suriyamas Seafood Buffet Restaurant dan Istana Gajah.
Taman Tema Budaya ini dibuka setiap hari (kecuali hari Khamis) dari jam 5.30pm hingga 11.30pm. Memandangkan DN sudah menikmati makan malam sebelum ke sini, DN hanya memilih untuk melihat theatre di Istana Gajah pada jam 9.00pm. Tiket ini berharga 1,800 Bath.
Selepas melepasi pintu masuk, inilah patung-patung kartun di Taman Tema Budaya ini yang menyambut setiap pengunjung yang datang. Memandangkan DN datang sudah jam 8.00pm, maka suasana disini semestinya sudah gelap.
Sementara menunggu waktu teater jam 9.00pm, DN meninjau kawasan sekitaran. Memang terdapat banyak aktiviti lain yang disediakan disini. Antaranya ialah Tiger Jungle Adventure ini. Jika tidak mahu memasuki mana-mana Taman Tema yang disediakan, di luar juga terdapat pelbagai persembahan untuk tontonan pengunjung. Pengunjung juga berpeluang untuk menaiki gajah sepanjang berada disini.
Ini pula merupakan Kinnaree Emas Restoran Buffet. Memang hampir keseluruhan tempat makan ini dicat dengan warna emas. DN tidak mengambil pakej buffet untuk makan disini maka, DN hanya meninjau dari kejauhan sahaja.
Jam sudah meunjukkan pukul 8.30pm, semua pengunjung dipanggil untuk memasuki Istana Gajah. Ini kerana teater akan bermula tepat jam 9.00pm. Memandangkan semua telefon, kamera dan sebarang alat elektronik yang boleh digunakan untuk merakam perlu ditinggalkan di tempat yang dikhaskan sebelum memasuki ruang teater, DN tidak berpeluang untuk mengambil gambar suasana di dalam istana gajah ini.
1 jam telah berlalu dan kami semua keluar dari Istana Gajah ini dengan terpinga-pinga kerana tidak begitu memahami teater tersebut. Ke DN seorang sahaja yang tidak faham? Hahaha... Iyelah, cakap bahasa Thailand sepanjang teater tanpa ada alih bahasa, memang termenung sahaja DN di dalam ini. Heee.... Walaubagaimanapun, DN tetap seronok menonton pertunjukan selingan yang disediakan sepanjang teater ini berlangsung.
Tetapi apa yang DN diberitahu, teater ini mengisahkan tentang Lagenda Kamala. Iaitu lagenda tentang pemerintah muda, Putera Kamala dengan sahabat setianya yang merupakan seekor gajah. Gajah ajaib ini bernama Iyara dan telah memberikan pelbagai keajaiban di bumi ini. Nak tahu lebih lanjut, kena lah pergi tengok sendiri. Kikiki.... Iklan promosi Phuket FantaSea Show ini boleh dilihat dibawah ini.
Itulah antara aktiviti yang DN lakukan sepanjang berada di Phuket. DN recap semula semua entry di Phuket untuk rujukan mereka yang ingin berkunjung ke Phuket bila-bila nanti. ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Tahun bila nie?
ReplyDeleteDah tengok...nak tengok lagi .best.
ReplyDeletemenarik juga phuket fantasea mcm2 tmpt dlm tu bole bergambar tp lighting mlm kena setting camera lebih skit..kn gelap plak
ReplyDeleteCantik ambik gambar malam2 kan kat sini, tapi fotografer kena pandai setting la..
Deletehihi
set ke night mode je kak hehe
Deletealahh nak pi sini jugak..ntah bila..depa kata phuket mmg best
ReplyDeletemenarik juga ek, lip lap lip lap semuanya
ReplyDeletememang cantik Phuket waktu malam ni...huhu
DeletePhuket ni memang terkenal dengan teater macam tu ya DN?
ReplyDelete@Muhammad Khairuddin Lim Betul tu, seronok pula tengok
ReplyDelete@mama tisya Tempat macam ni waktu malam baru best kan, sebab cahaya lampu tu berwarna warni
ReplyDeletesalam ramd
ReplyDeleteSalam ramadhan raihana
Delete@mama tisya cantikkan malam2, dah macam kat icity pulak
ReplyDeletemacam meriah je tempat ni..takpenah tahu lak ni
ReplyDeleteApa lagi bro Jamar, kena bawa Puan Nunu dan 2DH la pegi ke sana
Deletewah bestlah kalau dapat pegi
Deletebro JMR..sekarang da tahu kan...boleh la pergi nanti...hehe
Deleteskang ni ada2 ketul yg kecik..dah tahu tempat, tapi belum tahu cara nak handle 2 org dak kecik tu bro haha
Deletebleh than tptnya..
ReplyDeletehaha..xpe la xfaham teaternya..
Wahhhh.. seronoknya pegi phuket
ReplyDeletemont blanc pen
ReplyDeleterolex replica watches for sale
toms outlet store
polo ralph lauren
abercrombie outlet
nike cortez classic
michael kors outlet
michael kors outlet store
michael kors outlet store
ralph lauren sale
170517yueqin