Innergie LifeHub - Three Port Mobile Charging Hub

Assalamualaikum...

Hari ini DN ingin kongsikan satu produk yang bagus dengan semua. DN sudah gunakan lebih seminggu dan DN amat berpuas hati dengan produk ini. Memang sangat-sangat berguna lebih-lebih lagi ketika musim orang ziarah-menziarahi di Hari Raya Eidulfitri ini.
 Memperkenalkan.... Innergie LifeHub - Three port mobile super speed charging hub. Dengan menggunakan LifeHub dari Innergie ini, ia memang sangat mudah untuk mengecas telefon, tab, power bank, MP3 player, portable game console dan banyak lagi alat elektronik lain dalam satu-satu masa. Ini kerana Innergie mempunyai 3 USB port yang boleh digunakan serentak pada masa yang sama. Kadar pengecasannya juga laju walaupun digunakan ketiga-tiga USB tersebut serentak.
Rekabentuk Innergie LifeHub ini sangat cantik, ringan dan saiznya juga kecil. Ia berbentuk seperti titisan air mata dan mudah untuk diselaraskan atau diletakkan di mana-mana. Lampu biru yang akan menyala apabila sedang mengecas menonjolkan lagi penampilan Innergie LifeHub ini. 
 Innergie LifeHub juga mengutamakan ciri-ciri keselamatan dalam pembinaannya. Ia menggunakan teknologi perlindungan tenaga built-in Innershield yang dapat melindungi pengguna daripada lebihan arus, lebihan voltan, lebihan suhu dan litar pintas. Sememangnya pembinaannya mematuhi standard yang telah ditetapkan.
 Contohnya seperti adapter ini. Ia telah mematuhi MS IEC 60364 kerana menggunakan dua penebatan (Class II double insulation). Ini bermakna pembinaannya telah mengambilkira perlindungan terhadap sentuhan secara tidak langsung kerana kebiasaannya ia diletakkan berhampiran dengan pengguna.
Jika kedudukan punca kuasa (switch socket outlet) jauh daripada kedudukan pengguna, tidak perlu khuatir kerana Innergie LifeHub mempunyai panjang kabel 4.5m. Boleh diletakkan di atas lantai, atas meja ataupun digantung. Memang sangat selesa dan memudahkan penggunaannya. Di musim Hari Raya ini, hanya perlu membawa kabel telefon masing-masing kerana port USB telah disediakan di rumah DN. ^_^

Terima kasih Innergie LifeHub kerana memberi kemudahan tambahan di rumah DN. Nantikan produk ini bakal masuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Info lanjut boleh ke http://www.myinnergie.com/us/product/11
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. musim perayaan sesuai sgt ni..bole charge byk gadget

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... memang sgt2 membantu.. :)

      Delete
  2. wah terbaik lpat adapter ni..

    harga brapa ni puan..

    ReplyDelete
  3. berguna jugak camni, dah la cable pun panjang

    ReplyDelete
  4. macam nak kena cari satu je adapter ni

    ReplyDelete
  5. Kalau banyak gajet yang digunakan memang wajib dapatkan produk ni

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^