Menikmati keindahan Torquay Beach, Victoria, Australia

Assalamualaikum... 
Bersambung kita kisah DN sepanjang berada di Melbourne, Australia. Hari pertama di Melbourne kami bercadang untuk ke Victoria dahulu sebelum menghabiskan baki hari yang tinggal di Melbourne City.
 Dari Melbourne City menuju ke Victoria dengan melalui Great Ocean Road memang menyediakan pemandangan yang sangat menenangkan. Perjalanan yang mengambil masa kurang 2 jam ini tidak terasa sunyi dengan kemeriahan kawan-kawan di dalam kereta.
Akhirnya perjalanan kami hampir tiba di Torquay Beach. Sebelum sampai ke pantai, kami melalui beberapa deretan kedai seperti Rip Curl dan Quicksilver. DN dimaklumkan bahawa disinilah origin untuk kedua-dua brand terkenal itu. Memang sepatutnya kedua-dua kedai tersebut sangat besar disini. DN tidak singgah pun ke deretan kedai tersebut. DN lebih berminat untuk menikmati keindahan alam di Torquay Beach. Ayuh kita ke sana.
Selamat datang ke Torquay Beach, Victoria, Australia. Ketika ini jam sudah melewati 2 petang. Cuaca ketika ini panas dan sedikit berangin. 
Walaupun begitu, di satu sudut pantai Torquay, kelihatan ramai pengunjung sedang gembira bermandi-manda. DN dan sahabat yang lain tiada niat untuk mandi-manda di sini. Kami sekadar ingin merehatkan diri seketika sambil menikmati pemandangan dan melihat sendiri keindahan Torquay Beach dengan mata sendiri.
Dari tempat parking kereta, terdapat tangga kayu yang akan membawa kami menuju ke pantai. Jom kita turun ke pantai.
Sebelum sampai ke pantai, terdapat satu sudut tempat yang boleh bersantai sambil menikmati keindahan serta angin Torquay Beach. Sangat menenangkan dan mengujakan tempat ini. 
Suasana persekitaran sudah cukup memberikan energy serta mood yang baik kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Lebih-lebih lagi persekitarannya sangat bersih dan terjaga.
Niat di hati memang ingin berjalan melalui batu-batuan ini menuju ke pantai. Bagaimana rasanya air pantai Torquay Beach ye? Hmmm.... 
Inilah DN dan sahabat-sahabat DN ketika bersantai di Torquay Beach. Setelah hampir 20 minit disini, kami meneruskan perjalanan ke Great Ocean Road Resort. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir sejam lagi. Oleh itu, kami memilih untuk meneruskan perjalanan dan seterusnya dapat merehatkan diri lebih awal apabila sampai di sana kelak.

Apa yang ada di Great Ocean Road Resort? Nantikan perkongsian DN selanjutnya. Jangan jemu untuk menunggu ye. Heee.....
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

15 Blue Komen:

  1. blue sky..igtkan DN mandi kt beach tu..:-p

    ReplyDelete
  2. cantik viewnye..ngan langit membiru...posing situ mmg cantik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viewnya serius memang sangat cantik kan... :)

      Delete
  3. cantikk.. boleh mandi tak kat sini??

    ReplyDelete
  4. saya paling suka ke australia. moga dapat berkunjung lagi. cantik2 gambar ni deqnoor

    ReplyDelete
  5. cantiknyaaaa ok jeles kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeles dan teringinnya nak pi.. huhuh

      Delete
  6. biru betul langit kat sini..bestnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi best kalau dapat pergi ke sini kan bro...

      Delete
  7. Syoknyaaaaaa...
    Sudilah singgah ke blog saya
    adianazulhilmistory.blogspot.com

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^