Menjejakkan Diri ke Melbourne, Australia

Assalamualaikum...
Selamat berhari raya. Mesti hari ini banyak open house kan. Sama lah kita. Raya kan sebulan. Heee.... Sementara DN ada masa terluang sejam ini, lebih baik DN kongsikan sedikit kisah DN semasa di Melbourne, Australia. Simpan lama-lama nanti lupa. Lebih baik DN semadikan disini. Mana tahu boleh jadi panduan kepada orang lain juga.
 Perancangan ke Melbourne ini tidaklah dirancang awal pun. Kurang dari 2 minggu nekad hendak ke sana, DN pun beli tiket flight, visa online dan tukar duit Australia. Trip kali ini DN tidak pergi seorang diri, maka perbincangan bersama teman travel perlu dilakukan. Selepas berbincang, kami sepakat memilih untuk menaiki penerbangan Emirates ke Melbourne, Australia.
 Antara tujuannya menaiki penerbangan Emirates ini adalah... lepas makan, makan lagi. Heee... Maklum sahaja, penerbangan Malaysia - Melbourne mengambil masa 7 jam 35 minit jadi kalau tiada aktiviti di dalam flight memang sangat membosankan. Ada aktiviti makan ini telah membuatkan kami tidak tidur sepanjang penerbangan. Penerbangan dari Malaysia pada jam 3.20pm dan tiba di Melbourne pada jam 1.55am (keesokan hari) waktu Melbourne. Beza masa dengan Malaysia adalah 3 jam.
 
Sampai di  Melbourne Airport (Tullamarine) memang sudah awal pagi. Selepas melepasi imigresen, kami menaiki SkyBus untuk ke Melbourne City. Harga tiket skybus ini $19 untuk seorang. Sila abaikan muka keletihan DN di atas ye. Maklum sahaja, tidak tidur sepanjang perjalanan. Sampai sahaja di Southern Cross Station, sahabat kami sudah menunggu. Rumah beliau betul-betul di hadapan station jadinya kami berehat dan membersihkan diri seketika di sana sebelum memulakan perjalanan sekitar jam 9.00 pagi.
 Inilah pemandangan dari rumah sahabat kami. Cantik kan! Selamat datang DN ke Melbourne City. Heee....
Pagi itu sahabat kami telah menyewa kereta di atas yang boleh memuatkan seramai 8 orang. Memang kami berlapan pun. Kereta ini sangat selesa untuk kami berlapan. Disebabkan trip kali ini santai dan tiada perancangan yang rigid, maka kami tidak perlu tergesa-gesa untuk ke mana-mana.
 Kami berenam tidak termasuk pilot & co-pilot. Semua gegirl ye dalam kereta. Heee... Pilot lelaki jadinya tanggungjawab beliau sangat besar untuk memastikan mak dara dan anak dara dalam kereta ini sentiasa selamat dan selesa sepanjang di Melbourne. Kikiki...
 
Pemanduan di Melbourne tidak susah mana bila diperhatikan. Tidak juga ada tol ketika memasuki highway kerana mereka menggunakan konsep e-toll. Cas tol akan dikenakan pada kredit kad pemandu yang didaftarkan menggunakan kereta ini. Sempat juga pilot membawa kami bersiar-siar keliling Melbourne sebelum ke destinasi yang ingin dituju. Antara beberapa gambar yang DN sempat snap, boleh lah tengok di bawah ini.


 Banyak lagi nak kongsi gambar sebenarnya. Cukup la dulu setakat itu ye. Heee... Lepas ini DN kongsikan tempat yang DN pergi dalam entry berikutnya. Sabar ye korang. Jumpa lagi!
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. Mak aih DN. SYIOK gilernya la dapat gi Melbourne... Akak tunggu episod selanjutnya... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... Allah izinkan untuk melihat negara orang. ada masa DN update ye kak... :)

      Delete
  2. Mak aih DN. SYIOK gilernya la dapat gi Melbourne... Akak tunggu episod selanjutnya... hehe

    ReplyDelete
  3. Wowwwww....!!! tak tahu pun ada bunga lain turut serta he...23x

    Hai Akak Kawasan... share contact plz he..23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. xperlu kot bgtau sape yg pegi. hahaha.... :p

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ala dia nie...

      Macam la kita nak ikut....

      Delete
  4. Replies
    1. itulah... lebih2 lg dapat yg sporting mcm depa... :)

      Delete
  5. Dlm tujuh jam gak ea nak sampai situ..

    Sronok btul travel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... 7 jam nak sampai melbourne...

      Delete
  6. ada gambar macam vietnam je ...gambar terakhir sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada kawasan orang2 vietnam di melbourne ni... kedai2 juga ditulis tulisan depa.. :)

      Delete
  7. Bestnya naik.emirates...berapa kos tiket ke sana DN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi balik haritu hampir RM3k... :)

      Delete
  8. syok berjalan dengan member sekepala ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... harap dpt join diorg travel lg lepas ni...

      Delete
    2. kena plan btol2 ngn diorang la kan..biar semua ada masa free tu..

      Delete
  9. australia salah satu destinasi yang saya minat. kalau boleh nak migrate ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg nak migrate kat sana... :)

      Delete
    2. dekat perth kalau tak silap dah macam perkampungan org malaysia kan

      Delete
  10. teringin nye nak pi sana huhu

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^