Movie Review : Zack Kapcai

Latar Belakang Filem
Filem Zack Kapcai merupakan filem seimbang antara komedi dan aksi arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib. Filem yang diterbitkan pada minggu kedua raya ini merupakan filem ke-113 arahan MIG Pictures. Meletakkan elemen permotoran sebagai subjek utama, filem ini mengetengahkan beberapa pelawak terkenal tempatan disamping talent MIG yang lain. Mereka terdiri daripada Fad Bocey, Shuk SYJ, Rahim Sepahtu, Julia Marin, Serina Redzuawan, Epy Kodiang dan Shafiez. Filem ini mula ditayangkan di pawagam bermula 14 Julai 2016 yang lalu.
Sinopsis
Zack Kapcai mengisahkan tentang Raja Kapcai lakonan Rudy (Rahim Sepahtu) yang telah tinggal sejarah apabila gelaran tersebut menyebabkan Rudy bercerai dengan isterinya, Minah (Serina Redzuawan). Rudy telah membawa anaknya Tasha (Julia Marin) jauh daripada kampung manakala Zack (Fad Bocey) tinggal dengan ibunya. Zack juga suka berlumba seperti ayahnya dan telah berlumba dengan sahabat baiknya, Roy (Shuk SYJ) dengan mempertaruhkan motor kesayangan Roy sendiri. Ini menyebabkan hubungan persahabatan antara Zack dan Roy berantakan. 

Pada suatu hari, Zack telah menemui keratan akhbar yang disimpan oleh ibunya mengenai ayahnya sebagai Raja Kapcai. Zack telah memujuk ibunya untuk mencari ayah dan adiknya. Pada mulanya ibunya membantah tetapi akhirnya ibunya bersetuju untuk melepaskan Zack mencari Raja Kapcai. Pada hari Zack ingin ke Kuala Lumpur, motor Roy yang dimenanginya semasa perlumbaan telah dicuri. Maka, ibunya telah mengeluarkan motor lagenda Raja Kapcai untuk digunakan Zack bagi mencari ayahnya.

Dapatkan Zack mencari Rudy dan Tasha? Bagaimanakah hubungan persahabatan antara Zack dan Roy? Adakah Raja Kapcai akan muncul kembali? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini di pawagam bermula 14 Julai 2016.
Komen Penulis
Filem ini memang segar dan santai serta sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga terhibur semasa menonton filem ini. Ini kerana gabungan mantap antara pelawak terkenal tempatan dan artis MIG yang sedang meningkat naik menjadikan penonton tidak kering gusi bergelak ketawa sepanjang filem ini ditayangkan. Memang sesuai untuk penonton yang suka melihat filem bergenre komedi ini. 

Trailer

Terima kasih kepada team MIG terutama sekali Mejar (K) David Teo atas penganjuran Movie Day Out Zack Kapcai bersama blogger dan makan-makan di  Pak John Steamboat & BBQ e@Curve. Memang sedap dan menyelerakan. Yang paling best dapat duit raya lagi. Alhamdulillah.... Moga bisnes MIG terus maju dan teruskan memeriahkan dunia perfileman negara dengan menyajikan filem-filem hebat untuk tontonan kami semua.


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

15 Blue Komen:

  1. Gambar bawah sekali tue, macam cacat je... macam xde muka bro... he...23x

    ReplyDelete
  2. Syiok pulak tengok movie gan blogger2 ni..happening jew. Tengok lak cerita lawak..ummm sampai dah habis dok sengih je masing2 sampai telinga..hehehe

    ReplyDelete
  3. tgk muka rahim pon dah nak gelak hehe

    ReplyDelete
  4. ramai yg review filem ni..mgkin best ni

    ReplyDelete
  5. lawak citer ni. kekuatan dia pada pelakonnya yang lawak dan cerita yang santai :D

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. lama gak tak tengok wayang ngan gwng2 blogger ni..

      Delete
  7. harap2 astro best cepat2 tyg movie ni haha

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum DN...bestnya dpt tengok wayang dgn blogger yg lain...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^