Mega Iftar 2016 Alumni SLISS9701

Assalamualaikum. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang untuk berkumpul bersama rakan-rakan SLISS9701 pada bulan puasa kali ini. Penyertaan kali ini amat menggalakkan jadinya kami memilih untuk mengadakan Mega Iftar 2016 Alumni SLISS9701 di Dewan Orkid, Wisma PKPS Shah Alam.
19 Jun 2016 (Ahad) menjadi tarikh berhimpunnya kami semua selepas 15 tahun meninggalkan alam persekolahan SMKA Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor. Masing-masing hadir dengan membawa pasangan dan anak-anak. Meriah suasana dengan kehadiran mereka semua.
DN seperti biasa menggalas tanggungjawab memastikan semuanya berjalan lancar. Bermula dari mengumpul kewangan setiap seorang yang setuju untuk menghadirkan diri, pembayaran kepada catering, pembahagian tempat duduk dan macam-macam lagi. Terima kasih kepada mereka yang sedia membantu mendapatkan tempat untuk mega iftar ini, sponsor bagi mencukupkan dana, banner dan macam-macam lagi. Jasa kalian amat-amat dihargai. Sekitar jam 7malam, sahabat-sahabat SLISS9701 sekeluarga mula hadir memenuhkan Dewan Orkid ini.
Sedang sahabat-sahabat memenuhkan ruang, sahabat kami Madon menggalas tanggungjawab menjadi pengacara majlis dan seterusnya membaca doa makan. 
Antara menu yang dihidangkan adalah seperti berikut :-
Nasi Butter
Nasi Putih
Daging Black Pepper
Asam Pedas Daging + tetel
Ayam Crispy Buttered Cheese
Ikan (Fillet) Tiga Rasa
Sambal Goreng Singapore
Sayur Campur & Toufu Jepun
Aneka Ulaman & Sambal
Kerabu mangga, Kerabu Pucuk Paku & Jantung Pisang
Rojak Buah
Aneka Kuih Tradisional
Aneka Buah-buahan dan Minuman

Banyak lagi menu lain disediakan sebenarnya. DN tidak dapat mengingati kesemua menu yang disediakan. Maaf ye. Terima kasih kepada Sajian D-Hidang untuk menu dan masakan yang sedap-sedap ini. Jom kita cuci mata melihat makanan yang disediakan dan ragam sahanat-sahabat SLISS9701 DN.
Seronok tengok mereka menjamu selera kan. DN hanya dapat menjamah makanan sedikit sahaja. Sibuk apa entah DN pun tak tahu. Hee.... DN sibuk pergi dari satu meja ke satu meja bagi duit raya untuk anak-anak mereka. Meriah betul bila anak-anak dah mula berkawan dan bermain bersama-sama. Sahabat-sahabat lain pula sibuk berbual sesama sendiri selepas lama tidak bersua.
Selesai menjamu selera, sesi potong kek pula untuk Birthday boy, Farid. Anak-anak yang ramai berkumpul untuk sama-sama memotong kek. Kek pula sedap dan cantik. Terima kasih Ijan untuk kek-kek yang sedap ini.
Sebelum bersurai, kami berkumpul untuk mengambil gambar beramai-ramai. Inilah Mega Iftar 2016 Alumni SLISS9701 yang mendapat sambutan paling ramai. Alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar. Moga ada peluang dan kesempatan untuk kami berkumpul lagi di masa akan datang.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah... 
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^