3 Hari 2 Malam di Great Ocean Road Resort

Assalamualaikum...

Selepas menikmati keindahan Torquay Beach,Victoria, tibalah kami ke tempat penginapan kami di Great Ocean Road Resort sekitar jam 12.00pm. Walaupun sudah masuk waktu tengah hari, cuaca disini panas tetapi sejuk dan berangin. Memang nyaman sahaja rasanya.
Maklumat resort ini adalah seperti berikut :-
105, Great Ocean Road,
Angelsea Victoria
3230 Australia
Phone: +61 (3) 5263 3363

Jom DN bawa kalian melihat-lihat rumah yang kami diami sepanjang berada di sini. Rumah ini mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Memang cukup selesa untuk menempatkan kami berlapan.
Rumah kami di tingkat atas. Walaubagaimanapun, pintu masuk di tingkat bawah dan selepas sahaja masuk dari pintu masuk, terus terdapat tangga menuju ke tingkat atas. Terdapat rak untuk menyimpan kasut dan peralatan untuk mandi-manda jika ingin digunakan sepanjang berada disini.
Penat juga bawa bag tarik dan barang-barang lain naik ke atas ini. Huhuhu... Mujur 2 malam menginap disini. Kalau 1 malam sahaja, DN bawa naik apa yang perlu sahaja. Kikiki... :p
Inilah ruang tamu yang sangat besar dan selesa. Memang seronok bersantai disini sambil tengok TV. Pintu yang kelihatan itu merupakan bilik utama untuk rumah ini.
Bersebelahan dengan ruang tamu ditempatkan ruang makan dan bersambung terus dengan dapur. Seronok sangat disini kerana kakak-kakak dan adik-adik rajin masak. Jadinya, kami memang sentiasa memasak dan makan di rumah. Bahan mentah juga tidak susah untuk didapati disini kerana terdapat deretan kedai tidak jauh dari resort ini.
Inilah suasana di dalam bilik utama. Bilik ini disediakan dengan katil queen. Bilik ini mempunyai bilik mandi sendiri di dalam bilik.
Ini pula bilik kedua. Bilik ini juga disediakan dengan katil queen. Bilik ini berhubung dengan bilik mandi tetapi terdapat pintu lain dari ruang tamu untuk berkongsi bilik air tersebut.
Bilik ketiga pula menempatkan dua katil double decker. DN berkongsi bilik dengan bujang-bujang ini. Terasa macam duduk di asrama pula. Heee....
Inilah bilik mandi yang mempunyai 2 pintu. Satu pintu ke bilik kedua dan satu pintu lagi ke ruang tamu.
Apa yang menarik di rumah ini, disediakan pelbagai bahan bacaan dan permainan untuk kegunaan pengunjung. Memang kami menggunakan sebaiknya kemudahan yang disediakan kerana waktu malam suasana sangat sunyi. Jadi, kami duduk rumah sambil menghabiskan masa bermain dengan permainan yang disediakan disini.
Di rumah ini juga tersedia mesin basuh untuk kegunaan semua. Kalau duduk seminggu memang tidak ada masalah untuk membasuh baju disini. Serba-serbi disediakan.
Macam mana? Seronok kan duduk di rumah ini. Lebih-lebih lagi apabila bercuti bersama keluarga. Memang sangat santai dan menenangkan. Di luar rumah juga terdapat beranda untuk bersantai sambil melihat pemandangan yang tenang.
Inilah pemandangan dari beranda rumah yang kami diami. Tenang sahaja kan. Kereta? Boleh dikira berapa sahaja yang lalu lalang disini. Heee...

Selepas merehatkan diri, kami bercadang untuk bersiar-siar ke kawasan tasik depan itu. Jom DN bawa korang bersiar-siar berjalan sambil bersenam dan cuci mata di Angelsea ini... ^_^






Dah kenapa minah atas ini melompat sambil pegang kepala? Adoi! Kikiki... Sebenarnya selepas bersiar-siar di Angelsea, kami berehat di Jumpz yang terletak di dalam Great Ocean Road Resort ini. Penat juga lompat-lompat ye. Sekitar jam 5.30pm kami pun kembali ke rumah. 5.30pm pun dah gelap disini. Hmmm...

Aktiviti keesokannya DN akan kongsikan di entry berikutnya. Ke mana kita? Tunggu... :D
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. wau... kalau macam ni duduk 1 bulan baru puas agaknya...heee. kemudahan lengkap, pemandangan best.

    ReplyDelete
  2. bestnya. teringat juga dulu saya ke brisbane. tangga rumah sewa tu pun memang curam camtu. Masa tu bawa anak sulung. pengalaman best. Tak sabar nak bawa anak2 melancong juga.

    ReplyDelete
  3. Dah macam bercuti budak2 u je nie... ke semua masih student U lagi nie?

    ReplyDelete
  4. selesa betul rumah ni dn.. kalau stay lama pun ok kat sini..puas hati

    ReplyDelete
  5. Selesanya tengok umah ni..pastu suasana keliling pun sunyi ja dari hiruk pikuk kereta semua..memang bestlah nercutiii

    ReplyDelete
  6. Aihh..bestnya..macam nak kena repeat lagi travel pergi Australia ni nanti...hehe

    ReplyDelete
  7. Tmpt yg melompat tu best.. Bole release tension.. Cntik tgk langit yg membiru

    ReplyDelete
  8. Tmpt yg melompat tu best.. Bole release tension.. Cntik tgk langit yg membiru

    ReplyDelete
  9. wahh siap ada washine machine lagi.. sonang la..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^