Movie Review : Volkswagen Kuning

Latar Belakang Filem
Filem Volkswagen Kuning menampilkan genre seram yang diinspirasikan dari kisah benar. Filem ke 115 terbitan MIG ini diarahkan oleh saudara Shadan Hashim. Beliau mengolah dan mengadun cerita kisah benar yang terus menjadi misteri dan tiada jawapan ini bagi mencantikkan lagi plot penceritaan dan memberi impak sebenar kepada penonton. Selain itu, filem ini turut diselitkan elemen pengajaran, kekeluargaan dan percintaan didalamnya.

Volkswagen Kuning menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik - FFM28, Pekin Ibrahim dan digandingkan bersama Atikah Suhaime sebagai peneraju utama. Turut sama menjayakan filem ini adalah Shahronizam, Azman Hasan, Mak Jah, Aida Othman, Fatin Afeefa, Amai Kamarudin, Hanif Safuan dan Dayang Areeda. Filem Volksagen Kuning ini akan ditayangkan di pawagam bermula hari ini, 22 September 2016.
Sinopsis
Volkswagen Kuning mengisahkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan tunangnya Sarah (Atikah Suhaime) dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Sebelum sampai ke kampung, Fuad bercadang untuk berhenti makan di sebuah kedai ikan patin yang dikatakan sedap. Mereka menggunakan Waze untuk sampai ke sana tetapi tersesat disebabkan capaian internet tiada. Mereka sampai juga ke kedai tersebut tetapi sudah malam dan tempat yang dikatakan tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung. 

Mungkin disebabkan lapar dan ada perasaan yang dipendam oleh Sarah, mereka berdua bergaduh dalam perjalanan. Ketika sedang bergaduh itu mereka diganggu oleh Volkswagen Kuning dan menyebabkan mereka terlibat dengan kemalangan. 

Adakah mereka berdua selamat? Kenapa mereka diganggu oleh Volkswagen Kuning? Siapa yang memandu kereta tersebut? Apakah kaitan Volkswagen Kuning dengan mereka berdua? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini yang ditayangkan bermula hari ini.
Komen Penulis
Memang DN menantikan filem Volkswagen Kuning ini disebabkan ada Pekin Ibrahim. Pada permulaan filem ini, memang terasa meremang bulu tangan naik ke tengkuk. Terasa keseraman suasana dan riak muka yang ditunjukkan oleh mereka. Perasaan itu kian berubah kepada gelak ketawa dan kesedihan sehingga akhir cerita ini. Pengarah memang telah memasukkan elemen seram, pengajaran, kekeluargaan dan percintaan di dalam filem ini. DN pasti olahan keseluruhan lebih cantik dan tersusun pada asalnya. Filem ini tidak terlalu seram, lebih santai dan boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Trailer

Koleksi Gambar











Saksikan Volkswagen Kuning di pawagan berhampiran bermula hari ini 22 September 2016.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

27 Blue Komen:

  1. Hadoiii tengok muka diorang pun dah seram DN,

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tengok lagi dah rasa seram kan...hehe

      Delete
  2. ada apa dengan Volkswagen Kuning ni ye ? Kena tengok ni nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kot kan. boleh tengoklah

      Delete
    2. dah tengok belum jat?..aku layan Deepwater Horizon luh mlm ni..

      Delete
    3. Raihanah : belum tengok lagi...da lama tak marathon tengok movie kat wayang ni...hehe

      Delete
    4. JMR : belum tengok lagi...balik kerja tadi macam nak terus pergi OU tengok Deepwater Horizon...tapi tak jadi...mungkin dalam masa terdekat ni...nampak macam best tengok trailer...huhu

      Delete
  3. seram tengok muka depa ketakutan.. dok pk nak tengok ke tak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok je...ajak sesiapa yang berani sikit...hehe

      Delete
  4. tgu tayangan kat astro first lah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pun saya tak tengok jugak, hihi sbb penakut

      Delete
    2. EL : tak lama lagi ada la tu kat Astro First...boleh la layan nanti...hehe

      Delete
  5. oooh...peminat Pekin Ibrahim..heee. tak tengok lagi, tapi macam best jugak.

    ReplyDelete
  6. baca sinopsis kt sini pun dah menyeramkan ni..lagi2 ada Atikah Suhaime..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, apesal seram pula ada Atikah Suhaime ? hehe

      Delete
    2. aku tak cakap pa pe, tp bro dah cakap gitu..maknanya bro lebih memahami..haha

      Delete
  7. best gak cite ni ... layannnn

    ReplyDelete
  8. Apa benda la review bengong betul. Cubalah ulas panjang skit, dok promote ceta je wat apa ngn sne gmbr tu?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum DN...skg ni byk cite2 antu yg keluar kn...channel cite antu pun dah ada kat astro....boleh tengok puas2...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^