Bersiar-siar Berhampiran Split Point Lighthouse

 Assalamualaikum.

Maaf atas kelewatan sambung kisah DN di Melbourne, Australia. Lebih sebulan sudah kan. Heee... Jadinya, ada kelapangan masa sejam ini DN sambung sedikit kisah DN di sana.
 Keesokan harinya, DN dan sahabat yang lain bergerak dari Great Ocean Road Resort seawal jam 9.00 pagi selepas menikmati sarapan pagi yang sedap dimasak oleh kakak-kakak yang sangat rajin memasak. Heee... Kami melalui kawasan yang tenang, bersih dan mendamaikan ini untuk menuju ke tempat pertama kami kunjungi pada hari tersebut.
 Perjalanan hampir 1 jam 30 minit ini membawa kami ke Split Point Lighthouse. Tempat ini dibuka setiap hari kepada para pengunjung dari jam 10.00am hingga jam 4.00pm. Terdapat tempat letak kereta yang terhad disediakan di satu kawasan berhampiran dengan rumah persendirian disini.
 Untuk ke Split Point Lighthouse, kami perlu berjalan lebih 200m. Cuaca sejuk dan berangin ini menyebabkan kami bersantai sahaja berjalan menuju ke sana. Lebih-lebih lagi jalan disini naik bukit sedikit. DN siap pakai sweater lagi. Kakak-kakak kat belakang DN ini memang tahan sejuk.
 5 minit juga kami mengambil masa untuk sampai ke sini. Rehat seketika sambil meninjau kawasan sekitarnya. Sebenarnya boleh sahaja jika hendak masuk dan naik ke dalam lighthouse tersebut. Tetapi waktu kami sampai, ia masih belum dibuka. Waktu yang dibenarkan adalah dari jam 11.00am sehingga 2.00pm sahaja.
 Oleh itu, kami meninggalkan Split Point Lighthouse menuju ke tepi pantai. Nampak laut yang terbentang luas di belakang kami ini? Tak sabarnya hendak melihat sendiri suasana di sana. Nampak dekat sahaja kan nak ke sana.
 Hakikatnya, jalannya bersimpang-siur untuk sampai ke hujung jalan ini. Jalan sahaja perlahan-lahan, pasti sampai juga. Heee....  Jom DN tunjukkan pemandangan yang sangat cantik, tenang dan mendamaikan disini. Hilang segala penat apabila sudah sampai ke tempat yang cantik ini. Cuaca disini masih redup. Masih terasa kedinginan angin sejuk pagi apabila berdiri lama-lama disini.



Seronoknya kami memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sekitar jam 11.00am, kami mula meninggalkan Split Point Lighthouse untuk menuju ke destinasi seterusnya. Ke mana? Pastinya kami menyelusuri sepanjang Great Ocean Road. Nampak sahaja tempat serta pemandangan yang cantik, kami akan berhenti dan bergambar seketika. InsyaAllah akan ada gambar-gambar yang cantik dan menarik akan DN kongsikan disini nanti.Jumpa lagi! ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. Ala 200m je...

    Macam bro jalan dari ruang tamu ke dapur thn patah balik 5-6x je.

    Tapi xkurus2 jugak bro.

    Oh lupa.. pergi dapur.. macam mana nk kurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki... masuk dapur lebih 5-6x mmg la xkurus... :p

      Delete
    2. Hbis tue, kalau masuk bilik air 5-6x akan kurus ke?

      Delete
  2. cantik pemandangan belakang..subjek pun cantik2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii bro JMR...bukan main lagi...HAHA :D

      Delete
    2. haha..leks jad..sekadar memuji je..

      Delete
  3. Syok amik angin laut.. View pn cantik

    ReplyDelete
  4. memang cantik betul pamndangan kat situ...duduk pula tepi laut...fuhh...best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin pula nak pergi Melbourne ni satu hari nanti...hehe

      Delete
  5. Replies
    1. kalau trip boboy mesti uncle zuan dah join kan

      Delete
  6. seronoknya pi trip gegirl je. pemandangan pun cantik DN

    ReplyDelete
  7. wow bestnye..terasa sejuk kat sini ok haha

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. kan..nikmat yang patut disyukuri semua ini

      Delete
  9. pemandangan memang cantik. cuaca sejuk jalan kaki 2000m pun tak rasa, dah sampai rumah baru rasa keras kaki...heee

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^