Assalamualaikum.
Maaf atas kelewatan sambung kisah DN di Melbourne, Australia. Lebih sebulan sudah kan. Heee... Jadinya, ada kelapangan masa sejam ini DN sambung sedikit kisah DN di sana.
Keesokan harinya, DN dan sahabat yang lain bergerak dari Great Ocean Road Resort seawal jam 9.00 pagi selepas menikmati sarapan pagi yang sedap dimasak oleh kakak-kakak yang sangat rajin memasak. Heee... Kami melalui kawasan yang tenang, bersih dan mendamaikan ini untuk menuju ke tempat pertama kami kunjungi pada hari tersebut.
Perjalanan hampir 1 jam 30 minit ini membawa kami ke Split Point Lighthouse. Tempat ini dibuka setiap hari kepada para pengunjung dari jam 10.00am hingga jam 4.00pm. Terdapat tempat letak kereta yang terhad disediakan di satu kawasan berhampiran dengan rumah persendirian disini.
Untuk ke Split Point Lighthouse, kami perlu berjalan lebih 200m. Cuaca sejuk dan berangin ini menyebabkan kami bersantai sahaja berjalan menuju ke sana. Lebih-lebih lagi jalan disini naik bukit sedikit. DN siap pakai sweater lagi. Kakak-kakak kat belakang DN ini memang tahan sejuk.
5 minit juga kami mengambil masa untuk sampai ke sini. Rehat seketika sambil meninjau kawasan sekitarnya. Sebenarnya boleh sahaja jika hendak masuk dan naik ke dalam lighthouse tersebut. Tetapi waktu kami sampai, ia masih belum dibuka. Waktu yang dibenarkan adalah dari jam 11.00am sehingga 2.00pm sahaja.
Oleh itu, kami meninggalkan Split Point Lighthouse menuju ke tepi pantai. Nampak laut yang terbentang luas di belakang kami ini? Tak sabarnya hendak melihat sendiri suasana di sana. Nampak dekat sahaja kan nak ke sana.
Hakikatnya, jalannya bersimpang-siur untuk sampai ke hujung jalan ini. Jalan sahaja perlahan-lahan, pasti sampai juga. Heee.... Jom DN tunjukkan pemandangan yang sangat cantik, tenang dan mendamaikan disini. Hilang
segala penat apabila sudah sampai ke tempat yang cantik ini. Cuaca
disini masih redup. Masih terasa kedinginan angin sejuk pagi
apabila berdiri lama-lama disini.
Seronoknya kami memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sekitar jam 11.00am, kami mula meninggalkan Split Point Lighthouse untuk menuju ke destinasi seterusnya. Ke mana? Pastinya kami menyelusuri sepanjang Great Ocean Road. Nampak sahaja tempat serta pemandangan yang cantik, kami akan berhenti dan bergambar seketika. InsyaAllah akan ada gambar-gambar yang cantik dan menarik akan DN kongsikan disini nanti.Jumpa lagi! ^_^
Ala 200m je...
ReplyDeleteMacam bro jalan dari ruang tamu ke dapur thn patah balik 5-6x je.
Tapi xkurus2 jugak bro.
Oh lupa.. pergi dapur.. macam mana nk kurus.
kikiki... masuk dapur lebih 5-6x mmg la xkurus... :p
DeleteHbis tue, kalau masuk bilik air 5-6x akan kurus ke?
Deletecantik pemandangan belakang..subjek pun cantik2..hehe
ReplyDeleteAmboii bro JMR...bukan main lagi...HAHA :D
Deletehaha..leks jad..sekadar memuji je..
Deletepujinya tu lain macam je...HAHA
DeleteSyok amik angin laut.. View pn cantik
ReplyDeletememang cantik betul pamndangan kat situ...duduk pula tepi laut...fuhh...best...
ReplyDeletememang cantik kan
DeleteTeringin pula nak pergi Melbourne ni satu hari nanti...hehe
Deletesyoknya tengok jalan2
ReplyDeletetrip gegurl gitu hehe
ReplyDeletekalau trip boboy mesti uncle zuan dah join kan
Deletehaha...kalau trip boboi...mesti ramai yang menyelit juga..hehe
Deleteseronoknya pi trip gegirl je. pemandangan pun cantik DN
ReplyDeletewow bestnye..terasa sejuk kat sini ok haha
ReplyDeletebaru sempat ke sini..
ReplyDeleteSemoga terus menulis...
ReplyDeletesubhanallah cantiknya ..
ReplyDeletekan..nikmat yang patut disyukuri semua ini
Deletepemandangan memang cantik. cuaca sejuk jalan kaki 2000m pun tak rasa, dah sampai rumah baru rasa keras kaki...heee
ReplyDeleteSuka la tgk view ocean tu..
ReplyDeleteSuka la tgk view ocean tu..
ReplyDelete