Baru-baru ini DN berpeluang ke Press Conference Jalan Jalan Japan di Restoran Jyuhanchiban Ramen & Japanese Fusion One City, USJ. Pada hari tersebut, telah diumumkan bahawa Jalan Jalan Japan dibuka di Malaysia secara rasminya pada 18 November 2016. Hari Jumaat ini sudah mula beroperasi bermula dari jam 10.00am sehingga 10.00pm. Walaupun masih belum dibuka, DN berpeluang untuk masuk secara eksklusif dan membeli belah di sana sebelum dibuka secara rasmi.
Dari tingkat bawah One City sudah boleh kelihatan signboard yang besar dan gah kerana ia mengambil 2 tingkat bangunan dan sepanjang barisan tersebut tidak mempunyai kedai lain selain Jalan Jalan Japan. Ia merupakan tempat membeli belah barangan 'preloved' Jepun terbesar yang pertama di Malaysia. Antara barangan 'preloved' yang boleh didapati disini boleh dilihat pada perkongsian gambar-gambar di bawah ini.
![]() |
Baju dewasa lelaki dan perempuan serta beg tangan berjenama. |
![]() |
Permainan kanak-kanak dan baju kanak-kanak. |
![]() |
Stroller, baby car seat dan permainan kanak-kanak. |
![]() |
Barangan sukan (golf, badminton) dan alat-alat muzik. |
![]() |
Barang keperluan rumah. |
Kalau ke Jalan Jalan Japan dan berkenan dengan sesuatu barang itu, lebih baik terus beli. Sebabnya, barangan disini apabila orang sudah membelinya, sudah tidak ada lagi barang yang sama. Mereka akan menggantikan barang lain pula kerana setiap bulan stok barang 'preloved' dari Japan sentiasa akan masuk ke sini. Jadinya, tidak ada istilah, "minggu depan lah nak datang beli". Pasti anda akan kecewa. Heee....
Semasa DN di Jalan Jalan Japan, DN beli permainan rumah Hello Kitty ini dengan harga hanya RM40. Dua tiga kali DN pusing, DN mesti kembali ke tempat barangan mainan kanak-kanak. Seronok sangat berada di tempat kanak-kanak ini tau. Jadinya, DN beli juga.
Selain itu, DN beli tempat permainan baby ini dengan harga RM50 sahaja. Memang rambang mata tau. Rasa macam nak beli banyak lagi tapi itu lah, barang-barang ini besar dan DN datang sendiri. DN pasti datang lagi untuk beli barang-barang lain pula. Ada beberapa barang sudah dalam senarai. Harapnya sempat beli sebelum orang lain sambar. Huhuhu...
Jom kita ramai-ramai ke Jalan Jalan Japan 18 November 2016 ini. DN pun nak ke sana. Rugi tau kalau korang tak pergi. Barangan di sini sangat berbaloi dan kualiti juga masih dalam keadaan yang baik. Kita jumpa disana nanti ye.... ^_^
wajiblah dtg sini kalau turun kl
ReplyDeletenti deqnoor bw k.el jalan2 sini eh
k.el pilih2..deqnoor bayarkan..mekasehh
RM2 je kan... mestilah boleh... :D
DeleteExcited tengok barang Jepun ni, kualitinya masih ok kan DN?
DeleteDN nampak mcm menarik jer ni ...;)
Deletekiranya mcm2 lah depa jual kt sini eh
ReplyDeletesure rambang mata huhu
betul.. macam2 ada...
DeletePakaian wanita ok tak DN
DeleteAwat barangan mainan kanak-kanak bukan RM2, baru nak ke sana. Tak pun kena u-turn bagi anak tak nampak.
ReplyDeleteada je yg RM2.. tp DN ambil yg RM50... :D
Deleteoo ada gak yang mahal ek. minggu depan nak ajak anak2 dtg sini
DeleteKalau murah nak beli juga. Anak suka sangat dengan Hello Kitty
Deleteboleh pi juga la nanti...:)
Deleterambang maat tengok..lagi-lagi barangan baby tu
ReplyDeleteseriously mmg rambang mata... berbaloi2 tau shopping kt sini
DeleteAda baby memang best beli barangan baby ni
Deletekalau ada anak kecik mmg rambang mata tengok barangan baby ni kn...:)
DeleteFinally, ada gak Used Shop Jpn dibuka kat Malaysia..mmg syok sbb brg2 diorg masih berkualiti kan.
ReplyDelete1st in Malaysia... Memang berkualiti & masih dalam keadaan yg baik
Deletekualiti tapi murah tu yg penting..hehe
DeleteNak ajak suami jalan ke sana juga lah
DeleteJalan-jalan hujung minggu ke sini nanti macam best je...hehe
Deletepergi jer ezad dah dekat kn...;)
Deletekena try pergi ni nanti...mana tahu ada yang berkenan di hati ke...hehe
ReplyDeletekena pergi cepat..konpom ada yg berkenan tu jad
DeleteKalau dah berkenan terus beli, jangan tunggu nak pergi lain kali. Kompom dah dibeli orang
Deletemenarik tengok ultraman banyak
ReplyDeleteada anak laki, konpom terbeli ultraman tu hehe
DeletePokemon pun ada juga kan
DeleteMurahnya serendah rm2
ReplyDeletekalau serendah RM2...memang murah sangat2 dah tu kan...
Deleteasalamualaikum DN...wah bestnya ...kalau murah mmg teringin nak pergi...
ReplyDelete