Menikmati Pemandangan Sepanjang Great Ocean Road Sehingga ke Twelve Apostles

Assalamualaikum...

Izinkan DN untuk menyambung kisah DN sepanjang berada di Melbourne, Australia. Selepas bersiar-siar berhampiran Split Point Lighthouse, DN dan rakan-rakan meneruskan perjalanan menuju ke Twelve Apostles. Sepanjang perjalanan ke sana, kami berhenti di beberapa tempat. Maklum sahaja, aktiviti kami pada hari tersebut santai-santai maka, kami memang mengambil peluang untuk menikmati panorama yang indah sepanjang menyelusuri Great Ocean Road, Victoria, Australia.

Jom DN kongsikan beberapa gambar yang sempat DN ambil semasa melalui Great Ocean Road ini.
Kalau ikutkan hati memang semua gambar DN nak letak dalam ini. Cukuplah rasanya beberapa gambar untuk sajian mata mereka yang belum pernah sampai ke sini. Jika berpeluang ke Melbourne, korang memang kena pergi melalui Great Ocean Road ini. Pasti tidak akan mengecewakan terutama kepada pencinta alam semulajadi.
Akhirnya sekitar jam 3.00pm kami pun tiba di Twelve Apostles. Lama ke? Lebih 4 jam juga perjalanan kami untuk sampai ke sini. Maklum sahaja kami memang santai di sepanjang perjalanan, jadinya tidak menjadi masalah pukul berapa pun sampai ke sini. Yang penting cuaca sangat baik pada hari tersebut.
Selamat datang ke Twelve Apostles. Disini kita dapat melihat keunikan ciptaan Allah di mana terdapat 12 batu-batuan yang unik. Secara pandangan mata kasar, kita tidak dapat melihat kesemua 12 batuan tersebut kerana ianya berada jauh dan bentuk berbeza-beza antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, apa yang dilihat dengan mata sendiri ini sudah cukup mengkagumkan. Subhanallah...
Jom DN bawa kalian semua ke batu-batuan yang DN maksudkan tadi. Untuk sampai ke sana, perlu melalui laluan ini. Sila berhati-hati kerana ia merupakan laluan yang masih terpelihara habitat semulajadinya maka, kebarangkalian untuk berjumpa dengan haiwan seperti kanggaroo liar, ular dan sebagainya amat tinggi. Betul ke?
Heee.... Laluan pejalan kaki telah disediakan untuk membawa kita ke sana. Tak perlu pun meredah laluan berliku macam yang DN cakap tadi. Saje je buat korang terkejut sikit. Kikiki... :p Selepas berjalan hampir 5 minit, sampailah DN ke tempat yang dimaksudkan. Jom DN tunjukkan gambar-gambar yang DN ambil sepanjang berada di sana.
Cantik kan! Twelve Apostles merupakan tempat yang perlu kalian pergi apabila datang ke Melbourne. Sepanjang berada di sini, hati DN sentiasa terdetik dengan perkataan "Subhanallah". Syukur sangat-sangat Allah izinkan DN untuk melihat sendiri kekuasaan ciptaanNya.
Sebelum kembali ke Great Ocean Road Resort, kami semua piknik makan dahulu di belakang kereta. Kakak-kakak semua rajin memasak dan kami bawa bekal. Gigih tau diorang ini memasak pagi itu sebelum bergerak. Memang tidak kelaparan langsung sepanjang DN berada di Melbourne ini.

Next.... Kemana kita selepas ini? Nanti DN sambung cerita lagi ye. Jumpa lagi nanti! <3 br="">
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. cantik sgt bila tgk air laut ngan langit membiru tu...bila tgk kwn2 yg pi melborne , kebanyakan sure dtg singgah tmpt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenang je rasa bila tengok laut dan langit yang membiru tu kan..

      Delete
  2. makan apa tue?

    PM awek free hair yang tengah makan dekat gambar terakhir tue. Plz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii bro...bukan main lagi ye...haha :D

      Delete
  3. untungla DN dapat ke melbourne. saya pernah ke aussie dulu pun brisbane dan sydney. insyaAllah ada rezeki nak bawa anak2 tahun depan ke melbourne atau perth

    ReplyDelete
  4. Cantik betul view kat pantai tueee,..tenag jer .

    ReplyDelete
  5. Xdpt pegi tp bila blogger share view.. Sronok sgt sbb bole tumpang tgk keindahan negara org

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...dapat tengok view dari blogger yang share pun dah ok kan...kalau dapat pergi...lagilah best...hehe

      Delete
  6. Xdpt pegi tp bila blogger share view.. Sronok sgt sbb bole tumpang tgk keindahan negara org

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum DN...seronoknya tengok gambar pemandangan di sini...bestnya kalau berada di sini...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^