Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Masing-masing tengah sibuk ke tu? Cukup-cukup lah kerja tu. Kerja memang tidak pernah habis kan. Apa kata tengok balik cuti tahunan kalian, mesti banyak lagi kan. Ish3, suka betul kalian buat kerja ye. Heee.... Tidak lama lagi cuti sekolah jadinya apa perancangan kalian? Kalau tanya DN yang suka sangat dengan kerja siang dan malam ini, setiap kali cuti sekolah DN akan bagi laluan kepada mereka yang sudah berkeluarga untuk bercuti bersama anak-anak mereka. Maklum sahaja, DN ini bujang. Bila-bila masa sahaja boleh pergi bercuti. Tidak perlu menunggu cuti sekolah pun. Tapi kan... Cuti DN pun banyak lagi sebenarnya. Hmmm.... So ibu bapa semua, apa perancangan kalian hujung tahun ini?
Bila masuk sahaja hujung tahun, dekat kepala semestinya sudah tahu yang cuti sekolah sudah bermula. Pasti ibu bapa sibuk merancang percutian bersama keluarga kan. Kenapa mesti hujung tahun? Semestinya kerana bulan tersebut merupakan cuti sekolah yang panjang sebelum memasuki tahun berikutnya. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa akan mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa bersama keluarga di tempat-tempat yang menarik. Kini di dalam negara juga sudah mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga. Walaupun begitu, terdapat juga ibu bapa yang lebih suka ke luar negara untuk melihat dan merasa sendiri suasana di negara orang. Pilihan di tangan masing-masing. Percutian di dalam negara mahupun di luar negara mempunyai daya tarikan mereka yang tersendiri. Kalau tanya DN, ikut bajet anda. Ada bajet lebih, pergilah bercuti ke negara orang. Bajet tidak banyak, jalan-jalan di dalam negara juga sudah cukup menggembirakan. Yang penting, pergilah bercuti. Selain untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga, dapat juga keluar daripada suasana kerja bagi mendatangkan mood kerja yang lebih segar selepas kembali dari bercuti nanti.
Ada ibu bapa yang sudah merancang awal percutian mereka bersama keluarga. Lebih mengujakan setahun sebelum ke tempat yang ingin dituju, mereka sudah merancang percutian mereka. Pasti anak-anak tidak sabar menunggu masa yang dinanti-natikan. Ada juga yang baru merancang untuk bercuti bersama keluarga. Biasa DN dengar, ibu bapa ingin melihat dahulu keputusan akhir tahun anak-anak mereka. Jika keputusan peperiksaan memberangsangkan iaitu mendapat kedudukan nombor 1 hingga 3 di dalam kelas, ibu bapa akan membawa anak-anak mereka bercuti jauh sedikit. Jika tidak, mereka akan pergi bercuti dekat-dekat sahaja. Memang satu motivasi yang bagus buat anak-anak yang suka berjalan melihat tempat orang.
Orang kata mahal bila merancang percutian di saat-saat akhir. Betul ke? Siapa kata mahal? Jika kita bijak memilih dan merancang dengan sebaiknya, percutian lebih berbaloi walaupun dirancang di saat-saat akhir. Buat mereka yang sedang dalam perancangan untuk bercuti, DN cadangkan untuk ke website ini.
![]() |
https://www.traveloka.com/en-my/ |
Siapa pernah merancang percutian mereka bersama Traveloka? Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan harga yang terbaik dengan melayari website ini? Lebih menarik lagi terdapat aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon anda bagi memudahkan anda mecari hotel di mana-mana destinasi dalam dan luar negara. Sebut sahaja Traveloka, pastinya terdapat banyak pilihan hotel yang boleh didapati di dalam website tersebut.
Kepada mereka yang belum pernah merancang percutian melalui website Traveloka, anda perlu mencubanya. Tidak rugi pun untuk anda melihat sendiri website tersebut dan cuba memasuki mana-mana negara yang ada di dalam perancangan anda. Masukkan sahaja maklumat tarikh, lokasi dan bilangan tetamu, banyak pilihan hotel boleh didapati didalamnya mengikut bajet anda. Percayalah, pasti tidak akan mengecewakan anda. Ini kerana terdapat lebih daripada 100 hotel di Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam senarai mereka. Terdapat juga hotel-hotel di negara lain yang boleh didapati di dalam website ini.
Lebih menarik lagi bersempena dengan cuti sekolah, Traveloka ada mengadakan promosi hujung tahun. Anda boleh ke website Traveloka ini untuk melihat sendiri promosi yang ditawarkan. Memang terdapat diskaun hebat yang sangat berbaloi-baloi untuk anda. Sangat sesuai untuk mereka yang baru merancang percutian di saat-saat akhir.
DN juga seperti anda, suka merancang percutian di saat akhir. Bila mood bercuti itu sudah sampai, buka sahaja Traveloka di phone, terus pilih hotel mana yang DN ingin terjah bagi menenangkan fikiran. Ternyata DN suka merancang percutian DN dengan Traveloka. Terfikir sahaja hendak ke mana, terus ke aplikasi Traveloka di telefon, pilih tarikh dan lokasi, buat bayaran, DN sudah sedia untuk pergi bercuti. Lebih-lebih lagi bila ada promosi. Laju sahaja DN terjah ke applikasi mereka. Mudah kan! Sebab itu DN sangat sukakan TRAVELOKA.
Apa lagi? Jom lihat promosi Traveloka dan rancang percutian anda bersempena cuti sekolah ini. :)
jom DN kita p cuti2 DN belanja haha
ReplyDeletemehla jadi top pengomen tegar blog DN. mana tahu dapat g cuti sama2... :D
DeleteNak gak cuti bersama2 hahahha
DeleteBro pun nak menyelit juga....kih3
DeleteBukan senang dapat bercuti bersama DN...
DeleteKalau bercuti bersama DN nak juga lah menyelit. Haha
DeleteHAHA...ramai yang nak menyelit sekali ni...kih3
Deleteperghh ramai lak yang menyelit..
Deletejadi top komen dapat gi cuti sesama? untunglaaaaa
Deletefuhh...tu lagi best zuan...untung giler kot disponsor percutian...hehe
Deleteigt cuti sekolah ni plan cuti2lah..gpun annierseri seri x lama lagi..tgk cari negeri isketambola xde lak dlm traveloka..cancel lah huhu
ReplyDeletehahaha... memang lah takde.... :D
DeleteBanyak juga cuti DN ye, even dah selalu juga pergi bercuti.
DeleteTu la kan...saya punya cuti bila nak hujung tahun ni tinggal nyawa-nyawa ikan je...nak kata ambil cuti selalu tu tak sangat la...entah mana habisnya annual leave tu tak tahu la...HAHA
Deletehahahah dem! celah mana nak ada isketambola tu
Deletehaha...ada la zuan...cuba kau search...haha
Deletenice sharing
ReplyDeletethank you.. :)
Deletedeqnoor always with good sharing
DeleteYess...betul tu zuan...banyak info kat dalam ni...lagi2 bab travel...hehe
Deletekita nak bercutiii
ReplyDeletesama lah kita... nak g bercuti gak. hee...
DeleteJom bercuti ke Penang, ada pesta di sana
Deletelamanya tak pergi bercuti ni...ke mana nak bercuti ye hujung-hujung tahun ni... :D
Deletedah boring cuti sorang sorang. jom cuti sama sama
Deleteaku tak boleh nak cuti solo ni zuan...mati kutu...kalau cuti ramai2 la baru best...hehe
Deleteok..alternatif utk kami yang suka merancang di saat akhir ni..janji leh dpt murah..haha
ReplyDeletehahaha... kan.. DN pun baru nak plan ni...
Deleteoo kalau last minit mmg ok ya. boleh cuba
DeleteLast minit plan, kalau dapat harga murah dan tempat best, ok juga kan
Deletefuhh...best tu kalau dapat harga murah plan last minit...hehe
Deletegila tak best kalau dapat harga murah giler haha
Deleteweii nak gi cuti jangan lupa aku
Deletekalau harga murah...boleh cuti dengan tenang...tambah sehari dua apa ada hal kan...haha
DeleteMusim hujan sekarang nie, if awal tahun depan ok juga bercuti nie.
ReplyDeletehahaha memang susah la nak bercuti sekarang ni dalam negaran. why not pergi europe time ni bro? hehe boleh main salji
Deletehaha...siapa tak nak pergi Europe kan...duitnya je masalahnya...haha
Deletemusim hujan hujung tahun ni. tak brp suka tapi kesian gak kat anak2 nak cuti2
ReplyDeleteSama la kita DN...suka juga plan saat akhir ni...aihh, rasa macam nak bercuti juga je...hehe
ReplyDeletekadang yang plan saat akhir ni yg jadi
DeleteEzad nak bercuti dengan DN ke ruh?
DeleteBetul Raihanah, kalau plan secara adhoc ni keputusan pun cepat
Deletetak feel kan klu plan awal2 ni. nak-nak plan 1 tahun atau 6 bulan awal
Deleterasa terujanya tu hilang kalau plan terlampau awal...betul tak bro ? hehe
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Menarik juga ni.. Tq deqnor share info cuti2
ReplyDeleteDN ni memang kaki bercuti..
Deletehahaha kaki cuti, tangan tukang apply cuti tuk bercuti
DeleteUntung kan kalau cuti banyak ? boleh cuti bila-bila masa...haha :D
DeleteMenarik juga ni.. Tq deqnor share info cuti2
ReplyDeleteramai dok pakai traveloka sekarang memang ramai yang dah verified murah!
ReplyDelete1st time dengar pasal traveloka ni waktu nak ke perth bulan 9 haritu.
DeleteLepas ni nak try Traveloka pula la kan...mana tahu dapat harga baik punya kan nak pergi bercuti...hehe
Deleteyes, syok gak ni.baru dpt bilik murah ..voucher krismas
ReplyDeleteSyok tu kalau dapat harga murah...lagi2 bila peak season... :D
Deleteassalamualaikum DN...wah best kan...mama pun nak pergi juga bercuti juga la...tapi x tahu bila...bolehlah survey ke Traveloka ni nanti...
ReplyDeleteTu la kan mama...baru tahu juga pasal Traveloka ni beberapa bulan lepas...nanti nak cuba la survey...hehe
Delete