Menaiki Searoad Ferries dari Queenscliff ke Sorrento Australia

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu. Disebabkan DN ada kelapangan waktu hari ini, DN ingin menyambung kisah DN di Melbourne yang sudah bertangguh lama. Untung sahaja kenangan di sana masih utuh dalam memori DN. Terasa seperti baru bulan lepas DN menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah DN akan bercerita disini seikhlas hati dan semampu DN ye.
 Hari keempat trip kali ini, DN dan rakan-rakan yang lain mula meninggalkan Great Ocean Road Resort untuk kembali ke bandar Melbourne. Kali ini kami memilih untuk menaiki Searoad Ferries dari Queenscliff ke Sorrento. Seawal 6.00 pagi kami sudah mula meninggalkan resort penginapan kami.
 Inilah harga yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan Searoad Ferries ini. Mahal ke? Bagi DN berbaloi tau sebab dapat jimatkan masa yang sangat banyak. Kurang dari sejam sudah sampai ke seberang. Kami boleh sambung perjalanan dan berhenti di mana-mana sebelum kembali ke Melbourne City.
 Ferry akan bergerak tepat jam 7.00 pagi. 10 minit sebelum bergerak, semua kenderaan dibenarkan masuk ke dalam ferry. Selepas kereta masing-masing sudah berhenti sepenuhnya di dalam feri, kami semua keluar dari kereta dan pergi ke tingkat atas.
 Di tingkat atas dari tempat letak kereta dalam feri ini terdapat tempat duduk untuk kami duduk-duduk sambil bersantai. Kelihatan di sudut bahagian belakang tempat duduk ini terdapat taman permainan mini untuk anak-anak bermain sebelum feri sampai ke tempat yang hendak dituju.
 Selain itu, terdapat juga ruang cafe untuk duduk sambil minum dan makan di dalam feri ini. Kemudahan wifi juga disediakan. Memang tidak bosan di sepanjang perjalanan ini. Lebih-lebih lagi perjalanan ini mengambil masa kurang 1 jam untuk sampai ke destinasi.
 Jika ingin mengambil angin segar yang sejuk boleh ke bahagian atas sekali feri ini. Terdapat juga tempat duduk untuk bersantai. Angin sejuk disini telah membuatkan DN menggigil sepanjang berada di atas feri ini. Tak sampai 5 minit duduk di atas ini, DN mengambil keputusan untuk turun minum kopi di cafe mereka.
 15 minit sebelum sampai, pengumuman telah dibuat dan semua penumpang perlu kembali ke kereta masing-masing. Akhirnya, kami tiba di Sorrento dan meneruskan perjalanan ke Melbourne City. Sebelum itu, kami singgah di Maru Koala & Animal Park. Ada apa disana? DN akan kongsikan di entry yang lain pula nanti.

Sekarang ini DN nak pergi makan dulu. Jumpa lagi! ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

27 Blue Komen:

  1. Replies
    1. Memang la bukan Deq Noor... pe da

      Delete
    2. HAHA...bro pun tahu tu memang bukan Deqnoor la zuan...haha

      Delete
  2. bestnya dpt p aussie
    tgulah anak2 dah besar..weols nak pi jalan2 sakan..uols tgk je tau hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nanti jangan lupa post kat dalam blog...hehe :D

      Delete
    2. kalau dpt pi mmg seronok sesangat kn...:)

      Delete
  3. Replies
    1. setuju! nak repeat lg ke Aussie..

      Delete
    2. Yup..betul tu...macam tak puas lagi pergi Aussie...harap dapat pergi lagi next time ! :D

      Delete
    3. hehehee nak ikut juga pi Aussie...:)

      Delete
  4. geram pulak baca pasal melburne ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau geram memang kena cari tiket fly ke sana bro

      Delete
    2. plan la pula pergi ke Melbourne zuan...hehe :D

      Delete
    3. tiket flight biasanya tak mahal sangat bro JMR...perbelanjaan kat sana tu...tu yang nak kena plan betul2...hehe

      Delete
    4. semoga dpt jejak kn kaki lg ke sana...;)

      Delete
  5. bestnya naik ferry siap. harapnya ada rezeki bawa anak2 ke ausie tahun depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah...ada rezeki boleh sampai ke Aussie nanti... :D

      Delete
    2. In sha Allah semoga rezeki makin bertambah2...:)

      Delete
  6. cantik seat dlm feri tu..tak mcm yg kt sini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kat sini jangan cakap la...cakap lebih2 takut tokey feri ada stalker pula kat sini...HAHA

      Delete
    2. x pe kalau ckp ezad...sekurang2nya boleh diperbaiki lg kn...:)

      Delete
  7. assalamualaikum DN...seronoknya dpt pi Australia...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila da pergi Australia ni sekali...mesti rasa macam nak pergi lagi..hehe

      Delete
    2. oh yer ke ezad...nak plan la...teringin nak pi juga...:)

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^