Movie Review : Dorm Melati

Latar Belakang Filem
Filem Dorm Melati merupakan filem bergenre seram arahan Eyra Rahman. Filem ini diadaptasi berdasarkan kisah benar yang terjadi di sebuah pusat pengajian tinggi di sebuah negeri. Dorm Melati membariskan barisan bakat-bakat muda yang semakin mendapat tempat di persada seni tanahair iaitu Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Adam Shahz, Syaa Nasir, Aizat Hassan, Ikmal Amry, Zakaria Zahid, Amreen Shukry dan Ghazdan. Selain itu, barisan pelakon berpengalaman turut menjayakan filem ini iaitu Nadia Aqilah, Sabrina Ali dan juga Azman Hassan. Taiping dan Bukit Larut, Perak merupakan lokasi utama penggambaran filem ini. Filem ini berada di pawagan bermula 12 Januari 2017 ini.
Sinopsis
Dorm Melati mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Melati Putih (Julia Marin) telah menghantui dorm tersebut setelah kematiannya. Kematiannya sehingga kini menjadi tanda tanya dan kakak Melati, Rose (Sabrina Ali) telah menjadikan Dorm Melati sebagai tempat 'Summer Camp' selepas kematian adiknya. Terdapat pelbagai sumber mengatakan bahawa dorm ini berhantu dan sesiapa sahaja yang datang ke sini akan diganggu. 

Ini menyebabkan Adam (Aedy Ashraf) teruja untuk ke sini. Oleh itu, Adam telah merancang untuk ke Dorm Melati selepas tamat peperiksaan STPM bersama 4 orang lagi sahabat baiknya Zafira (Nadia Aqilah), Eddy (Aizat Hassan), Raihana (Ardell Aryana) dan Carol (Syaa Nasir). Ketika di sana, mereka mula mendapat gangguan seorang demi seorang sehingga mereka tertekan dan cedera. Keadaan menjadi lebih tertekan apabila Zafira hilang secara tiba-tiba di hadapan mereka.

Siapakah sebenarnya Melati? Bagaimanakah kematian Melati yang sebenarnya? Adakah benar roh Melati mengganggu mereka yang berada di dorm tersebut? Dapatkan mereka yang lain mencari Zafira semula? Dapatkah mereka keluar dari Dorm Melati ini dengan selamat? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem Dorm Melati bermula 12 Januari 2017 ini di pawagam berhampiran anda.
Komen Penulis
Pembukaan tahun 2017 yang sangat menarik dari MIG. Moga terus berjaya dan menghasilkan filem-filem terbaik untuk tontonan penonton. Filem Dorm Melati ini antara filem seram yang berjaya buat DN menjerit dan berdebar ketika menontonnya. Pengarah bijak bermain dengan elemen suspen pada setiap babak yang ada. Di dalam hati ini rasa nak keluar sahaja dari panggung kerana perasaan yang berdebar untuk melihat babak berikutnya tetapi perasaan ingin tahu itu yang menyebabkan DN tidak berganjak dan terus menonton filem ini sehingga akhir. Makeup dan mimik muka Julia Marin juga sangat menjadi sehinggakan wajahnya menghantui DN sepanjang perjalanan balik dari menonton filem ini. Tahniah diucapkan kepada barisan pelakon dan semua yang menjayakan filem ini.

Trailer

Koleksi Gambar
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. Macam ada jumpa Dn masa preview hari tue....

    ReplyDelete
  2. Lama juga dah tak layan movie seram tempatan di pawagam ni...macam syok je ni...ramai pelakon baru ek dalam movie ni ?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. movie seram la paling best kalau tengok di pawagam...hehe

      Delete
    2. betul tu.. mama pun sokong kata ezad...best tengok cite seram ni...mama siap langgan channel cite seram kat astro tu...:)

      Delete
    3. Tu la kan mama...best tengok cerita seram ni...lagi banyak scene mengejutkan...lagi best...hehe

      Delete
  4. tgk gmbr pun dah macam seram..seram btol ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita movienya..tengok sama ada ianya betul2 seram mcm dlm gambar tu kn...:)

      Delete
  5. assalamualaikum DN...kalau tengok gambar mmg nampak seram ni...:)

    ReplyDelete
  6. Memang menyeramkan tengok makeup artis yang berlakon jadi hantu ni

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^