Bersiar-siar di Melbourne City

Apa yang menariknya menginap di Mantra City Central adalah hotel ini dikelilingi dengan pelbagai pusat membeli belah dan untuk menaiki tram hanya perlu berjalan kaki tidak sampai 2 minit.
Berdepan dengan hotel ini sahaja terdapat pusat membeli belah pakaian berjenama terkenal H&M.
Bila bergerak ke sebelah kiri hotel sahaja terdapat pelbagai bangunan pusat membeli belah. Memang rambang mata dibuatnya bersiar-siar disini.
Tetapi sebelum membeli-belah kami bersiar-siar dahulu di Melbourne City ini dengan menaiki tram dan berjalan kaki bersama sahabat-sahabat DN ini.
Tengah berjalan-jalan, terjumpa pula lukisan ini di salah sebuah kedai yang ada disini. "Mohon doa restu" katanya. Kreatif betul diorang ini kan. Heee... 
Selepas bersiar-siar buat seketika, kami berhenti makan tengah hari di Laksa Bar. Ramai juga orang di dalam kedai makan ini. Pasti laksa disini sedap.
Inilah laksa yang ada di Laksa Bar. Nampak sahaja macam besar mangkuknya tetapi tidak disangka, DN dapat menghabiskan laksa ini. Memang sedap dan menyelerakan. Laksa disini berbeza dari laksa di Malaysia tetapi tetap boleh diterima tekak jawa DN ini. Mungkin juga sebab pemilik Laksa Bar ini merupakan orang Malaysia maka, makanan yang disediakan dapat memenuhi citarasa orang kita.
Selepas kenyang makan laksa, kita sambung berjalan-jalan di Melbourne City ini. Kemana kita? Nanti DN kongsikan tempat-tempat menarik yang DN kunjungi sepanjang berada disini.
Sebelum itu, sepanjang berada di Melbourne City, ada baiknya di dalam phone korang memahami laluan tram di bandar ini. Memang sangat membantu untuk ke mana-mana. Masa laluan tram juga sangat menepati masa. Cuma terdapat juga laluan yang sibuk dan kadangkala tram padat dan penuh. Ini mungkin disebabkan kebanyakan penduduk di sini yang bekerja rata-rata menggunakan tram untuk ulangalik ke tempat kerja dan pergi ke mana-mana.
Kalau laluan yang tidak sibuk, memang boleh dikira berapa orang yang menunggu tram. DN tengah menunggu tram juga seperti mereka. Hari masih terang, jadinya kami memilih untuk bersiar-siar di bandar ini sebelum kembali ke hotel. DN akan kongsikan tempat yang DN kunjungi di entry berikutnya. Tunggu ye... ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^