Mantra City Central Melbourne Australia

Bersambung kita kisah sepanjang DN berada di Melbourne Australia. Sekembalinya DN dari Philip Island, DN dan 2 orang lagi sahabat DN menginap di Mantra City Central Melbourne Australia. 
 Kami menginap disini selama 3 hari 2 malam. Terima kasih kepada individu yang telah menaja penginapan kami sepanjang berada di Melbourne City ini. Kebaikan anda sangat-sangat kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi tukarkan penginapan kami ke sini. Jom DN tunjukkan penginapan kami yang merupakan apartment 2 bilik.
 Masuk sahaja ke apartment ini terdapat ruang memasak di sebelah kiri yang dilengkapi dengan kelengkapan pinggan mangkuk sekali. Memang lengkap ruang ini dengan peti ais, toaster, microwave serta dishwasher. Berhadapan dengan ruang makan ini terdapat meja kecil sesuai untuk 2 orang makan.
Bersebelahan dengan meja makan tersebut terdapat pintu yang menempatkan washing machine, iron dan iron board. Lengkap dan sesuai untuk menginap disini bagi mereka yang bercuti untuk jangka masa yang panjang. 
Berhadapan dengan pintu masuk utama terdapat ruang tamu untuk kami bersantai sambil menonton televisyen. Ruang ini sangat luas dan selesa untuk kami bertiga. Jom kita menjengah ke bilik pula.
 Di apartment ini terdapat 2 bilik iaitu satu bilik yang ditempatkan dengan katil queen untuk 2 orang menginap di bilik ini.
 Bilik ini dilengkapi dengan almari yang direkabentuk pintunya bersekali dengan cermin.
Bilik kedua pula merupakan katil single bed untuk seorang. Cukup untuk kami bertiga menginap di Mantra City Central ini.
Bilik single ini juga terdapat almari bercermin di hujung katil. Bilik single ini lebih luas daripada bilik untuk 2 orang tadi.
 Kedua-dua bilik tersebut berada di tingkat atas. Maka, gigihlah kami bertiga mengangkat bag yang berat untuk naik ke bilik kami. Mujur sahaja 2 malam kami disini. Sempat hilang penat mengangkat bag naik ke tingkat atas. Memang kebanyakan konsep penginapan disini begini rasanya. Semasa kami menginap 3 hari 2 malam di Great Ocean Road Resort sebelum itu, penginapan kami juga perlu menaiki tangga ke tingkat atas. 
 Antara kedua-dua bilik ini, terdapat satu bilik mandi yang perlu kami kongsi bertiga. Bilik air ini agak besar dan lengkap dengan semua kelengkapan seperti sabun mandi, tuala dan tisu. Memang selesa sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap disini.
Apa yang paling seronok sepanjang menginap disini, keluar sahaja depan pintu ini, shopping mall sudah di depan, kiri dan kanan hotel ini. Semuanya walking distance untuk kami bershopping. Kalau hendak pergi jauh sikit, cuma perlu ambil tram percuma mengelilingi Melbourne City ini. 

Yang tidak best di hotel ini adalah tiada wifi percuma. Kami kena beli untuk dapatkan perkhidmatan wifi yang berharga AUD $40. Untung sahaja ada kredit kad, jadinya kami bertiga berkongi untuk membeli perkhidmatan wifi tersebut. Kalau tidak, mati kutu juga kami dibuatnya sebab waktu malam di kawasan ini sekitar jam 9.00 malam sudah sunyi. 

Inilah antara perkongsian DN sepanjang menginap di Mantra City Central ini. Penginapan 3 hari 2 malam kami disini berharga sekitar AUD $427.Maklumat hotel ini adalah seperti berikut :-



318 Little Bourke Street 
Melbourne, VIC 3000
Australia

Reservations
13 15 17 (AU)
+61 7 5665 4450 (International)
Property Reception

Reception Hours
Monday – Saturday: 7:30am – 10pm 
Sunday: 8am – 6pm

Apa yang DN lakukan pula sepanjang di Melbourne City ini? Nantikan perkongsian DN selanjutnya ye. Terima kasih kerana setia membaca di blog DN ini. ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

1 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^