Menjejaki Penguin di Philip Island Australia

Assalamualaikum... Hari ini cuti dan DN sepenuhnya berada di kedai kerana masih belum ada pekerja lagi di kedai. Siapa yang sedang mencari kerja, boleh beritahu DN ye. Di kesempatan ini DN ingin menyambung kisah DN semasa berada di Melbourne, Australia. Makaaihhh! Lama betul nak siapkan entry dekat sana. Dah hampir setahun kot. Peduli apa DN. Yang penting DN nak juga bercerita disini. Hahaha...

Ok, berbalik kisah DN di Melbourne tahun lepas, selepas selesai melihat Kangaroo di Maru Koala & Animal Park, DN dan rakan-rakan meneruskan perjalanan untuk mencari tempat dengan pemandangan cantik sambil makan tengah hari. Akhirnya kami tiba di Philip Island, Summerland Beach, Australia.
Turun sahaja kereta, cari tempat duduk dulu untuk menjamu selera. Makanan-makanan ini kakak-kakak DN semua yang masak. DN tukang makan je. Kikiki... Seronok betul kami makan ramai-ramai sambil ditiup angin sejuk disini.
 Selepas makan, barulah boleh berjalan-jalan sekitar Philip Island dengan gembira. Ada kamera tinjau untuk teropong penguin, ikan lumba-lumba dan macam-macam lagi haiwan air. Kalau nampak lah. Kalau tak nampak itu, anggaplah bukan rezeki. Kena datang lagi lain kali. Heee... Jom DN tunjukkan pemandangan di sekitar Philip Island ini.
Cantik kan pemandangan disini. Angin bertiup sangat kencang. Memang sejuk sangat tetapi kakak-kakak ini kebal betul tak pakai sweater kan. Heee.... Kami sangat enjoy sepanjang berada di sini. Waktu tengah hari tetapi suasana seperti sudah lewat petang.
 Akhirnya misi kami untuk menjejaki penguin kesampaian juga. Mungkin bukan musim atau penguin sedang seronok bersukaria di tempat lain. Dapat jumpa seekor yang sedang tidur kot... Jadilah. Heee.... Sekitar jam 1.00pm kami mula bergerak meninggalkan Philip Island untuk kembali ke Melbourne City. Sebelum sampai ke sana, kami berhenti ke beberapa tempat lagi. Ke mana tu? Nanti DN sambung cerita lagi ye... ^_^










Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

35 Blue Komen:

  1. oh, nape penguin dia xsama macam dalam cerita yang dicanangkan dalam tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penguin dlm tv mestilah cantik2 comel2 belaka

      Delete
    2. Yang ni macam tak berapa comel sangat kan ? Hehe

      Delete
  2. itula pernah gak dengar org share cam tak berbaloi gi philip island. tak banyak pun penguin tu. wallahualam

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. View cantik sangat kan...tenang je kalau dapat berdiri betul2 kat sana..

      Delete
    2. memang cantik sangat. tak jemu tengok

      Delete
  4. penguin tengah tidur kat tempat lain kot tu..

    ReplyDelete
  5. Tengok penguin dalam cerita Pingu tu cute je...tapi yang ni...hehee

    ReplyDelete
  6. bila sebut tentang penguin teringat cerita happy feet. selalu juga layan filem tu jika ditayangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy feet tak tahu dah ulang bape kali dah

      Delete
  7. assalamualaikum DN...wah !! mmg best la cantik sungguh permandangannya...:)

    maszull.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. Teringat Pingu kalau tengok penguin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu melayan juga tengok Pingu walaupun tak faham sepatah apa dia cakap...haha

      Delete
  9. assalamualaikum DN...mmg cantik pemandangannya...bila la dpt dtg ke sini...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  10. oh penguin di darat...biasa tgk penguin mesti dkt2 ada kolam ke kn

    ReplyDelete
  11. macam best je tu tengok penguin..kot musim sejuk banyak kot

    ReplyDelete
  12. Subhanallah..cantik sungguh view kat sini

    ReplyDelete
  13. This is my very first time that I am visiting here and I’m truly pleasurable to see everything at one place.
    CBD capsules

    ReplyDelete
  14. My curiosity was solved by looking at your writing. Your writing was helpful to me.카지노사이트I want to help you too.

    ReplyDelete
  15. It's the same topic, but I was surprised that it was so different from my opinion. I hope you feel the same after seeing the writings I have written. 토토사이트

    ReplyDelete
  16. I’m very pleased to discover this site. I want to to thank you for ones time for this particularly wonderful read!! I definitely savored every part of it and i also have you saved as a favorite to see new information on your blog. 메이저토토사이트

    ReplyDelete
  17. Your web site has excellent material. I believe it was an excellent possibility to alter my mind once more after reading this short article. I'm composing like you. Would certainly you such as to see my message as well as request responses? 바카라사이트

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^