Melihat Matahari Terbenam dan Meninjau Penguin di St Kilda Melbourne Australia

Selepas Bersukaria di Brighton Beach Melbourne, kami meneruskan perjalanan ke St Kilda. Tidak jauh pun Brighton Beach dengan St Kilda ini. Kedua-duanya adalah pantai yang sama tetapi mempunyai tarikan pelancong yang berbeza. Kita sudah melihat apa yang ada di Brighton Beach, jom DN tunjukkan pula apa yang ada di St Kilda ini.
Terdapat tempat membeli belah disini tetapi DN dan sahabat yang lain tidak berniat untuk membeli belah. Kami sedang menunggu untuk melihat matahari terbenam sebenarnya disini.
Sementara menanti matahari terbenam, kami duduk di cafe berhampiran sambil menikmati salted caramel cake dan latte hot ini. Nyaman sahaja rasanya. Ini kerana angin di sini kuat dan sejuk. Memang sesuai sangat menikmati minuman panas di sini.
Akhirnya, dapat kami melihat matahari terbenam. Seronok sangat. Rasa taknak balik pun ada. Hee... Selesai melihat matahari terbenam kami berjalan kaki untuk melihat penguin pula. Jom ikut DN.
Ketika kami dalam perjalanan untuk ke tempat penguin, kelihatan burung berterbangan melawan angin kuat untuk pulang ke sangkar mungkin. Burung pun pandai balik bila sudah malam. Kami juga masih bertebaran disini. Hee...
Jauh juga hendak berjalan ke tempat penguin ini. Kena sampai di sana sebelum gelap. Sebab nanti tidak dapat view yang cantik katanya. Laju-laju DN jalan supaya cepat sampai. 
Sebelum sampai ke tempat penguin, terdapat rumah kecil ini di tengah-tengah jalan. Ketika DN sampai, tempat ini sudah tutup. Tidak silap DN disini terdapat pelbagai souvenir dijual dan informasi tentang tempat ini. DN tidak dapat masuk ke dalam untuk melihatnya. Tidak mengapalah. DN meneruskan perjalanan meredah kesejukan angin untuk ke tempat yang ingin dituju.
Akhirnya, sampai juga ke tempat penguin ini. Terdapat pantang larang yang perlu kami ikuti semasa berada di sini. Antaranya tidak dibenarkan memegang penguin, tidak dibenarkan mengambil gambar mengeluarkan cahaya, tidak dibenarkan merokok, tidak dibenarkan membawa anjing dan juga tidak dibenarkan berbuat bising. Banyak kan larangannya. Memang ada pengawal yang menjaga kawasan ini supaya setiap pengunjung yang datang mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Beginilah suasana di tempat ini. Ramai yang sudah mengambil tempat untuk menunggu penguin naik ke kawasan ini. 
Kami juga mengambil tempat. Disebabkan cuaca semakin gelap dan kami tidak dibenarkan bergambar menggunakan flash cahaya, maka sebelum keadaan semakin gelap kami bergambar dahulu disini.
Akhirnya, matahari sudah melabuhkan tirainya. Keadaan sangat gelap. Kelihatan penguin sudah mula naik untuk mencari tempat mereka. Nampak tak penguin? Itu sahaja yang DN berjaya tangkap gambar. Kalau tangkap gambar dengan menggunakan cahaya, penguin ini akan kembali semula ke dalam air dan tidak menunjukkan dirinya lagi. Oleh itu, habitat semulajadinya perlu dipelihara. 

Selesai melihat penguin di St Kilda ini, kami kembali ke kereta untuk pulang ke Melbourne City. Perut sudah lapar, jadinya kami terus mencari tempat makan dahulu sebelum pulang ke penginapan kami. 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. Dah lama xtengok pemandangan matahari terbenam.. Ke ada, cuma tak perasan je

    ReplyDelete
  2. Selalu tak sempat nak tengok matahari terbenam, asyik layan drama jam 7 je hihi

    ReplyDelete
  3. Subhanallah, seronoknya melihat matahari terbenam di negara orang

    ReplyDelete
  4. Cantiknya view. Terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^