Membelibelah di Queen Victoria Market Melbourne Australia

Hari terakhir kami di Melbourne, kami mengambil peluang untuk pergi ke kawasan berdekatan sahaja. Hari ini cuaca sangat panas melebihi 40 darjah celcius dan tiada angin langsung. Perubahan cuaca disini sangat drastik. Semalam semasa Melihat Matahari Terbenam dan Meninjau Penguin di St Kilda Melbourne Australia ,angin sangat kuat dan memaksa DN untuk mengenakan pakaian yang tebal. Hari ini apabila keluar sahaja dari Mantra City Central Melbourne, cuaca sangat terik. Mujur DN ada membawa pakaian yang tidak tebal dan boleh digunakan pada hari ini. 
Kami memilih untuk menaiki tram pergi ke kawasan berhampiran sahaja. Queen Victoria Market menjadi destinasi pilihan kami. 
Tidak sampai 10 minit perjalanan menaiki tram, kami sudah sampai ke Queen Victoria Market ini. Kami perlu menyelusuri laluan antara kedai ini untuk ke tempat yang ingin kami tuju. Apa yang ada di dalamnya? Jom kita meninjau suasana di dalamnya. 
Wowww!!! Ini ke pasar Melbourne? Bersih, tidak berbau dan tidak ada air bertakung sana sini macam kita masuk dalam pasar di negara kita. Jauh betul bezanya pasar kita dengan mereka. Suruh duduk lama-lama dalam ini pun DN sanggup. Hee...
Walaupun ramai orang di dalam pasar ini, kebersihannya tetap terjaga. Mereka yang berniaga di sini juga tentunya selesa, apatah lagi pengunjung yang datang membeli barang mentah disini. Mereka yang menjual daging, ayam, ikan dan bahan-bahan basah lain kesemuanya disusun secara teratur disini. Sangat selesa untuk membeli barang keperluan basah disini.
Tiada apa keperluan basah yang ingin kami cari, kami keluar dari pasar basah tersebut dan menuju ke tempat jualan barang kering seperti sayur-sayuran, buah-buahan, cenderahati, pakaian dan macam-macam lagi barangan kering yang ada dijual disini. Disebabkan jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi waktu Melbourne, kami singgah di Coffee House yang terletak di tempat ini juga untuk bersarapan pagi. Selesai bersarapan, kami memulakan aktiviti berjalan-jalan disini. Niat di hati DN hendak membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Dua jam telah berlalu, banyak juga barang yang kami beli sampai penuh kedua-dua tangan. Sebelum kami keluar dari Queen Victoria Market ini, kami singgah membeli buah-buahan tempatan yang ada di sini. Sedap, dan murah-murah buah-buahan di sini. Memang tidak mengecewakan. DN membungkus beberapa jenis buah-buahan seperti anggur dan ceri untuk dibawa balik ke Malaysia.
Lihat sahaja muka kami kepenatan. Bukan disebabkan shopping barang yang banyak, sebab kami memang suka shopping tetapi cuaca panas terik yang menyebabkan keletihan kami berganda lebih daripada biasa. Mana tidaknya, angin segan betul hendak menyejukkan badan kami yang sudah berpeluh ini. Fuhhh.... Betul ke banyak yang kami shopping?
Tengok sahaja plastik bag yang Kak Siti bawa. Banyak kan! Maaf lah Kak Siti, kami tidak boleh bantu bawa barang akak sebab barang kitorang pun banyak juga. Kikiki... Selesai di Queen Victoria Market, kami kembali ke penginapan kami untuk berkemas dan bersiap sedia berpindah ke rumah Kak Lina sementara menunggu penerbangan pulang kami ke Malaysia malam nanti.

Sementara menunggu malam, kami singgah di beberapa tempat lagi. Tempat terakhir yang sempat kami tuju. Kemana tu? Nantikan entry terakhir DN sebelum DN akhiri travelog DN ke Melbourne Australia.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^