Berjalan-jalan di Miniature House Indonesia Batam

Seronok rasanya bila ambil masa sehari dua melarikan diri sekejap dari kesibukan kerja. Balik dari mesyuarat di JKR Selangor, hati ini rasa nak berjalan-jalan keluar dari Malaysia. Tengok organizer, tiada apa-apa mesyuarat jadinya tengok flight tiket, terus beli tiket ke Batam, Indonesia. 

Kenapa DN memilih destinasi kali ini ke Batam? Sebabnya tengok flight dari Subang Airport, destinasi keluar dari Malaysia ada ke Batam dan DN tidak pernah sampai ke sana. Lagipun, Subang Airport belakang rumah je. Dekat... Tak payah drive jauh-jauh nak ke airport. Hee...

Batam... Tidak jauh bezanya dengan lain-lain tempat di Indonesia yang DN pernah pergi cuma lokasi Batam ini berdekatan dengan Johor dan Singapore. Batam juga tidak besar jadinya 2 hari di sini sudah memadai untuk bersiar-siar melihat apa yang ada di sini. Ada juga Factory Outlet disini tetapi apabila melihat harganya, DN rasa masih mahal jadinya DN hanya masuk dan keluar semula tanpa membeli apa-apa. Makanan Indonesia juga mudah didapati di sini. Sepanjang di Batam, DN ada pergi ke beberapa tempat dan tempat yang DN ingin kongsikan di sini adalah Miniature House Indonesia.
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Miniature House Indonesia. Walaubagaimanapun, terdapat peti duit di depan pintu masuk. Nak bayar boleh, tak bayar pun tidak mengapa. Seikhlas hati sahaja. Jom DN bawa jalan-jalan ke dalam Miniature House Indonesia ini.
Cukuplah rasanya gambar-gambar yang dapat DN kongsikan disini. Ukiran rumah mini yang menunjukkan rumah asli Indonesia ini kesemuanya unik dan mempunyai tarikan tersendiri. Memandangkan DN lebih besar dari rumah, tidak dapat DN hendak menjengah apa yang ada di dalam rumah tersebut. Mesti kosong sahaja kan. Hee...

Ok lah, cukup setakat ini perkongsian DN. Nanti DN kongsikan kisah DN di tempat lain pula.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah... 
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

1 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^