Gold Coast Morib International Resort

Hi!!! Buat apa tu? DN ada urusan kerja selama 3 hari 2 malam di Gold Coast Morib Resort. Tengok program penuh dari pagi sampai malam. Hmm... Tidak apa lah. Kerja kan. Lagipun DN berada di sini dari hari Rabu sehingga Jumaat, tidak terganggu hujung minggu DN dengan kerja. Itu yang penting. Betul ke? Bukan hujung minggu pun DN sibuk dengan kerja? Kikiki... Itulah DN dengan kerja.

Oklah. Berbalik kita dengan kisah DN disini. Pagi DN masih di ofis menyiapkan beberapa kerja yang perlu. Sekitar pukul 1pm DN bergerak menuju ke Morib. DN tiba di sana sekitar jam 2pm dan selepas mendaftarkan diri, DN pun terus menuju ke bilik DN.
 Inilah bilik yang telah disediakan untuk DN. Bilik studio ini memang sangat selesa untuk DN seorang. Ruang yang sangat luas, lantai tiada karpet tetapi selipar disediakan di dalam bilik ini.
 Buka sahaja pintu bilik, akan ada pintu masuk ke bilik air. Bersebelahan dengan pintu bilik air terdapat almari baju yang ditutup dengan pintu bercermin penuh.
Bersebelahan dengan almari baju pula terdapat ruang pantry dan peti ais mini di bawahnya.
 Ok, jom kita menjengah ke dalam bilik air pula.
Di sebelah kiri pintu terdapat ruang basin yang tidak terlalu besar tetapi cukup memadai untuk meletakkan segala barang keperluan seperti berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan barang-barang lain.
Bersebelahan dengan ruang basin terdapat tandas dan ruang shower yang ditutupi dengan ruang glass.
Berdepan dengan tandas pula terdapat jakuzi ini. Jakuzi yang mempunyai jendela di atasnya. Boleh berjakuzi sambil berbual dengan orang di luar bilik air. Hee....

Dah ada kan... Kena lah cuba. Seronok juga duduk di dalam ini lama-lama. Rasa hendak tertidur pun ia juga. Heee... Sudah, jom kita keluar dari bilik mandi dan tengok di ruang bilik pula.
Katil queen disediakan di dalam bilik ini. Terdapat sebuah meja kecil dan sebuah kerusi bersebelahan dengan katil ini. Di hujung katil pula terdapat kerusi panjang yang sesuai digunakan sambil duduk untuk menonton TV.
Ini kerana berdepan dengan katil terdapat TV dan almari kecil di bawahnya untuk meletak barang. Di sebelah kanan TV terdapat meja panjang untuk meletakkan bag, manakala di sebelah kiri TV terdapat meja solek dengan cermin mekap. Kesemuanya menggunakan konsep design yang sama iaitu daripada anyaman daun yang menarik. 
Jom kita menjengah ke luar jendela pula. Cuaca sangat panas sehingga mengganggu pencahayaan ketika mengambil gambar ini.

Di luar beranda ini terdapat meja kecil dan dua buah kerusi untuk bersantai sambil meninjau suasana di bawah yang menarik. Apa yang menarik? Tengok orang mandi lah. Tak percaya?

Ok, sila berhati-hati jika membawa anak kecil dan kanak-kanak jangan dibiarkan bersendirian di beranda ini. Walaupun nampak grill ini macam tinggi, tetapi apa-apa boleh terjadi. Pastikan anak-anak kalian sentiasa di dalam pemerhatian jika mereka ingin berada di beranda ini.

Inilah pemandangan dari atas bilik DN. Ketika ini tidak ramai yang berada di sini kerana masih panas. Jom kita zoom dekat sikit ada tak nampak orang mandi. Hee...

Ok, nampak ada seorang mandi tetapi DN dah tutup supaya tidak nampak keseksian orang yang mandi itu. Kikiki...
Jom kita masuk ke bilik semula. DN perlu bersiap-siap kerana pukul 5 petang perlu berkumpul untuk minum petang. Malamnya kami semua akan berkumpul untuk memulakan sesi kerja.
Inilah kerja hakiki DN. Kami berada di sini sehingga jam 11 malam sebelum bersambung keesokan harinya. Disebabkan keesokannya DN habis kerja awal iaitu sekitar jam 5 petang, DN pun merancang untuk pergi ke lagoon ini.
Maklum sahaja, kami semua yang menginap disini mendapat entry pass juga untuk masuk ke lagoon ini jadi sayang pula jika tidak digunakan sebaiknya. Dapat lah sejam lebih DN bermain air disini. Cukup lah...
Inilah teman DN sepanjang berada disini dari syarikat berbeza. Walaupun kami tidak duduk sebilik, sekurang-kurangnya ada juga teman untuk berbual dan bermain air. Hee..
Di sebelah malamnya, kami berkumpul semula untuk membuat rumusan atas kerja-kerja yang telah kami laksanakan sepanjang 2 hari disini. Keesokannya, tiada apa-apa aktiviti. DN hanya merehatkan diri di bilik dan sekitar 11 pagi, DN keluar dari Gold Coast Morib untuk kembali ke rumah.

Kesimpulannya, tempat ini sangat sesuai untuk membawa keluarga terutama yang mempunyai anak-anak kecil untuk bermain air. Semuanya di satu tempat sahaja tanpa perlu keluar untuk mencari tempat rekreasi lain. Tempat ini juga berhampiran pantai. Jadi, memang sangat sesuai untuk merehatkan fikiran jauh dari kesesakan bandar.

Maklumat hotel ini adalah seperti berikut :-

Gold Coast Morib International Resort
PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Morib Beach,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: +6 03 – 3198 1028
Fax: +6 03 – 3198 1055

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah... 
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^